Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 22 November 2012

~Dipenjara kerana rogol gadis OKU~

JOHOR BAHRU – Seorang buruh kasar warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan selepas didapati bersalah merogol pelajar terencat akal awal bulan ini di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
 
Hakim, Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Riduan, 27, mengaku bersalah merogol gadis berusia 15 tahun itu di rumahnya di Apartmen Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang kira-kira jam 4.30 petang, 1 November lepas.
 
Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal di apartmen yang sama telah diajak tertuduh ke rumahnya ketika gadis itu sedang leka bermain di tingkat bawah blok apartmennya.

Tertuduh telah menarik mangsa secara paksa dan kemudian merogolnya di bilik kediamannya.

Sebelum keluar dari rumah tertuduh, mangsa diugut bunuh sekiranya perbuatannya itu didedahkan kepada orang lain.
 
Bagaimanapun, pada hari yang sama, pada jam 9.09 malam, mangsa memberitahu ibunya yang baru pulang dari kerja dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Pasir Putih.

Hospital Sultanah Aminah mengesahkan mangsa telah dirogol.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...