Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 30 November 2012

~MAT YO:"JANGAN LEKA"~

Norshahrul Idlan Talaha
PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha memberi peringatan kepada rakan sepasukannya agar berhati-hati dan jangan leka ketika pertemuan menentang Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jelasnya, perkara yang paling penting harus dibuat adalah menjaga pergerakan dua pemain Indonesia, Elie Aiboy dan Andik Vermansyah yang dilihat mampu mengundang bahaya buat pasukan negara.

“Elie dan Andik, kedua-dua pemain ini perlu diberi perhatian khusus oleh barisan pemain kita jika mahu menang pada malam esok.
 
"Ini kerana, kedua-dua pemain ini mempunyai kelajuan dalam melakukan serangan dan kami perlu berhati-hati dengan keupayaan mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada  pemain negara kini tertekan lebih-lebih lagi pertemuan hidup dan mati skuad kebangsaan, Norshahrul atau dikenali sebagai Mat Yo menyangkal dakwaan itu.

Sebaliknya, beliau dan rakan sepasukan menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan Indonesia dan berjanji akan berjuang berhabisan-habisan demi negara.

"Kami tidak gentar ataupun tertekan. Apa yang harus kami lakukan adakah pamerkan prestasi terbaik dan kutip tiga mata bagi melayakkan skuad negara ke separuh akhir," ujarnya lagi.
 
Sementara itu, seorang lagi penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap dapat mempamerkan aksi yang lebih baik ketika berdepan Indonesia.
 
"Ini misi hidup dan mati dan kami perlu menang ke atas Indonesia bagi mengesahkan slot ke separuh akhir.
 
"Ia bukan satu tugas yang mudah tetapi ia bukan alasan untuk kami mengaku kalah sebelum berjuang," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang mengakui masih dahagakan jaringan walaupun telah menjaringkan gol membantu kemenangan 4-1 ke atas Laos kelmarin  turut berharap masih mendapat kepercayaan jurulatih, Datuk K. Rajagobal untuk menerajui rangkaian serangan skuad kebangsaan nanti.

"Saya berharap masih mendapat kepercayaan Rajagobal untuk menerajui rangkaian serangan.

"Tugas saya sebagai penyerang ialah meledak gol buat Malaysia dan ia sudah dilakukan ketika bertemu Laos dan berharap ia berterusan sehingga esok," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...