Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita. Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan. Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak. Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik.
“Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.
“Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam,” kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.
Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya. Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif. “Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya. “Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah.
Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini. “Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh,” katanya. Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas. Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment