Mungkin selama ini, Pakatan Rakyat seringkali bermegah-megah dengan kehadiran penyokong mereka, Tetapi kali ini, ramai yang sudah membuka mata dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang dilihat memberi sambutan yang begitu menggalakkan.Gua ada didalam program ini, gambar-gambar ini semua gua sendiri yang ambil, so kepada sesiapa yang nak kata gua penipu.. sila bertentang dgn gua sendiri untuk melihat kesahihannya.
Ramai juga kelihatan orang-orang cina, termasuk juga India.
Rata-rata yang gua bersembang, mereka seringkali merungut tentang rumah kos rendah yang tidak dibina di Pulau Pinang,
Didalam ucapan Najib Razak, kerajaan BN yang membawa mesej "janji ditepati" (antara satu slogan yang amat digeruni Pembangkang) memberi jaminan kerajaan BN akan membina rumah mampu milik dan harganya lebih murah, Sebelum itu pengerusi BN P.Pinang telah menghentam Kerajaan Negeri P.Pinang (DAP) yang tidak membina rumah mampu milik..
Dalam pemerhatian gua, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat di hormati masyarakat, mereka tersenyum riang dengan setiap ucapan PM.Ini merupakan satu petanda rakyat Pulau Pinang amat mengharapkan BN memerintah semula Pulau Pinang.
Orang Melayu, Cina & India kini sudah muak dengan mainan Pakatan Rakyat yang sebelum ini berjanji akan menyelesaikan segala masalah rakyat. gah berkata-kata di pentas ceramah, sambil itu pula, ceramah Pakatan Rakyat tak kan lengkap jika tiada Tabung Bergerak.!
Inilah masanya rakyat Pulau Pinang menolak Pakatan Rakyat.!!
No comments:
Post a Comment