Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 8 December 2012

~RUGI SATU UNDI,SATU KERUSI ~


Bayan Baru Pulau Pinang - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan borang untuk kembali menyertai parti UMNO kepada Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.
 Untuk rekod beliau yang bertanding pada Pilihanraya ke 12 yang lalu menang atas tiket PKR menewaskan Ooi Siew Kim dari parti Gerakan  dengan majoriti sebanyak 11,029 undi.  Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di dewan rakyat akan berubah dari barisan kerusi  PKR kepada barisan kerusi Bebas bermula pada 15 Mac 2010. Alasan beliau adalah kerana kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsesus Bebas di parlimen.

 Punca beliau keluar dari PKR dengan melepaskan semua jawatan yang disandang adalah kerana tidak berpuashati dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat persis "diktator, chauvinis dan berotak komunis".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...