Pengecaman dibuat oleh ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi, melalui seluar pendek, seluar dalam dan juga parut di dahi serta dibahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu. So, ini bermakna dia cuma hidup dalam masa 2 hari dari tarikh kehilangannya?
Katanya, sampel tulang dan rambut diambil untuk ujian DNA mangsa kerana organ dalaman lain sudah reput. Tiada kecederaan luar di tubuh mayat itu. Cuma bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di air. Dan yakin 75% mayat yang ditemui adalah kanak-kanak yang hilang itu.
Tapi apa pun, ujian DNA akan diperolehi dalam masa 3 hari untuk pengesahan lanjut. Menurutnya lagi, tempat mayat kanak-kanak ditemui semalam pula terletak kira-kira 30 kilometer dari tempat William dilaporkan hilang.
So apa pun, ambil kejadian ini sebagai langkah berhati-hati untuk para ibu bapa diluar sana.
SUMBER:DAENG SELILI
No comments:
Post a Comment