Menteri besar Perak,Ds Zambry bin Abd Kadir begitu yakin bahawa BN berada didalam keadaan baik sekali untuk menawan semula Taiping.Zambry juga dalam temubualnya menegaskan beliau bukan angkuh namun berdasarkan dalam reaksi penduduk Taiping terhadap BN sejak kebelakangan ini.
Menurut laporan SINAR Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe yang turut hadir, berkata BN telah bekerja keras untuk merampas semula kerusi Taiping.Pembangkang sudah diberi peluang sepenggal di kerusi itu dan pengundi kini tahu ragam mereka yang tidak menunaikan janji, sedangkan BN berusaha menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di situ, katanya.
"Kita berharap rakyat kini dapat membezakan calon yang bekerja dan calon yang hanya banyak bercakap," kata Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Mengulas mengenai kedudukan kerusi itu yang sebelum ini ditandingi Parti Progresif Penduduk, Tan berkata perkara tersebut telah selesai dan pengundi boleh menjangka siapa calon BN.
No comments:
Post a Comment