Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 3 February 2013

Rakyat bersatu siapa yg untung?

 

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini sentiasa menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain dengan tidak membangkitkan isu -isu sensitif sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan.

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut penting bagi memastikan Malaysia yang didiami rakyat pelbagai etnik dan agama terus kekal aman damai serta harmoni.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja membangkitkan isu-isu sensitif dan boleh menyakiti hati pihak lain semata-mata untuk meraih kepentingan politik jangka pendek.

''Disebabkan degil ada di antara pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menyentuh isu-isu sensitif atas sebab keuntungan politik. Tujuan mereka hanya mahu pancing undi terutama menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Najib berkata, tidak boleh dinafikan kerukunan hidup yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini sememangnya berpunca daripada amalan hormati-menghormati serta toleransi terutama di dalam amalan seharian masyarakat.

Beliau turut menyentuh tentang kepentingan perpaduan yang merupakan asas dan tunjang kelestarian sesebuah negara.

''Kita perlu sedar tanpa wujudnya perpaduan, segala usaha untuk membangunkan negara dan rakyat melalui program transformasi tidak akan tercapai,'' tambahnya.

Najib dalam pada itu bercita-cita untuk melihat Kuala Lumpur muncul sebagai salah sebuah bandar raya terkenal, sekali gus mampu bersaing dengan kota raya dunia seperti New York, London, Paris dan Shanghai.

UTUSAN

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...