Tidak menafikan dan mengiakan, Fathul menjelaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang pertemuan dan perbincangan antaranya dirinya dengan mana-mana pimpinan parti politik.
“Sudah lama kedengaran desas-desus bahawa saya akan bertanding, tetapi ingin saya katakan tiada pertemuan, perbincangan dan hitam putih dengan mana-mana pimpinan parti untuk saya menjadi calon pada pilihan raya ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak mahu sebarang persepsi negatif pelbagai pihak terhadapnya pada masa akan datang.
“Apa pun, saya tidak mahu apabila mengatakan akan bertanding, tiba-tiba parti katakan saya tidak tercalon. Itu akan memberi gambaran tidak baik terhadap saya.
“Dan, seandainya saya katakan tidak akan bertanding dan secara tiba-tiba nama saya tercalon, nanti ada pihak mengatakan bahawa saya berbohong,” katanya.
No comments:
Post a Comment