Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 18 March 2013

Awas , Hacker bersepah menjelang PRU 13 !!!


Mencetuskan perang siber, sekalipun di buat atas nama Malaysia, ia tetap dikira satu jenayah.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata Malaysia mengharamkan serangan siber dan sesiapa yang ditangkap melakukan perkara sedemikian, akan dihukum.

"Di Malaysia, penggodam siber ialah satu kesalahan jenayah dan ia undang-undang negara, tanpa mengira sama ada ia dilakukan oleh warganegara mahupun rakyat asing," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika merujuk kepada perang siber tiga hari antara penggodam Filipina dan Malaysia dari 1 hingga 4 Mac lalu.

Penggodam Malaysia terlebih dahulu menyerang laman web kerajaan Filipina, syarikat swasta beberapa jam selepas pengganas bersenjata Sulu mula bertempur dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Penggodam Filipina membalas serangan berkenaan, dengan melakukan serangan yang sama ke atas laman web kerajaan dan syarikat swasta di negara ini.

Ia mengakibatkan sehingga 200 laman web kepunyaan kedua-dua buah negara rosak sebelum satu ‘genjatan senjata’ dipanggil. Mohamad berkata 36 laman web syarikat swasta tempatan rosak, namun beliau enggan mendedahkan jumlah laman web kerajaan yang terjejas.

Beliau berkata, MKN dimaklumkan sebaik sahaja serangan ke atas ‘agensi-agensi kritikal’ bermula.

“Tiada laman web kritikal berhadapan dengan masalah yang serius,” katanya sambil menambah bahawa lama web Kerajaan pada masa lalu mudah terjejas dengan serangan siber.

Mohamed berkata bahawa bukan mudah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuat serangan, namun beliau mengesahkan bahawa kedua-dua pihak kerajaan tidak terlibat.

"Kami faham kerajaan Filipina menghadapi masalah yang lebih besar berbanding dengan pihak Malaysia,” katanya.

Beliau berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap penggodam dan menurutnya orang tempatan dapat dijejaki juga ‘akhirnya’ walaupun ia mengambil masa.

"Untuk mengesan penggodam daripada Filipina memerlukan kita untuk mengadakan kerjasama erat dengan pihak berkuasa di sana," katanya.

Penggodam boleh didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM150,000.00, penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sama ada tindakan diambil terhadap pesalah ialah satu lagi perkara lain," katanya.

Mohamed menambah, penggodam kini menggunakan teknologi yang lebih canggih dan kerajaan sedang cuba bersaing dengan kemahiran yang ada pada mereka ini.

Beliau berkata terdapat sistem terkini bagi mengesan penggodam, dan ia sering diuji keberkesanannya. -Mstar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget