Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 16 March 2013

[HOT] Orang Melayu wajib UNDI siapa...



SHAH ALAM 16 Mac - Orang Melayu diingatkan untuk menggunakan kuasa satu undi dengan sebaiknya agar masa depan negara yang gemilang di bawah Barisan Nasional (BN) terus terjamin.

Menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, orang Melayu perlu belajar dari pengalaman Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang menyebabkan lima negeri dikuasai pembangkang dan hak istimewa orang Melayu terhakis sedikit demi sedikit.

"Jangan kerana marah kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan kita tidak mahu mengundi parti kita, hingga menyebabkan BN hilang dua pertiga.

"Perkara kecil sebegini perlu diketepikan oleh orang Melayu kerana jika kita tidak mengundi BN kali ini maka kemungkinan parti pembangkang mendapat majoriti mudah di Parlimen lebih cerah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan ceramah bertajuk Lahad Datu Bukan Wayang - Hukum Si Dalang di Kampung Bukit Kuda di sini semalam.

Zulkifli berkata, lebih menakutkan jika pihak pembangkang menggunakan majoriti yang ada untuk melaksanakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan iaitu menjemput negara lain bagi mencapai majoriti dua pertiga.

"Di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan perkara ini tidak mustahil dilakukan jika pembangkang mendapat majoriti mudah 112 dan BN 110.

"Mereka boleh memanggil Sidang Parlimen untuk mengusulkan kemasukan negara lain yang mempunyai banyak kerusi Parlimen untuk melengkapkan dua pertiga, ia tidak mustahil berlaku jika kita tidak mengundi BN pada PRU kali ini,"ujarnya.

Mengulas mengenai insiden Lahad Datu, beliau berkata, jika pihak musuh mempunyai pembiaya khusus operasi mereka, sudah pasti konco-konco mereka tidak akan berdiam diri dan mungkin akan membuat serangan gerila bagi membalas dendam.

Justeru katanya, Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dalang sebenar di sebalik insiden terbabit terutama penglibatan pemimpin pembangkang yang didedahkan Wikileaks dan media antarabangsa lain.

- UTUSAN


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...