Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 5 March 2013

Terkini Lahad Datu!!!Dua Kampung Lagi Didakwa Diceroboh


Terkini laporan sumber, terdapat dakwaan penceroboh telah menduduki beberapa buah kampung. Penduduk di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian di sini semalam gempar apabila menerima maklumat mendakwa sekumpulan 40 individu bersenjata mencurigakan yang menaiki dua buah bot mendarat di kawasan tersebut.

Kehadiran kumpulan yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu tersebut kemudian dilaporkan oleh seorang penduduk berusia 36 tahun di sebuah balai polis di sini.

Sumber memberitahu, lelaki tersebut memberitahu dia menerima panggilan daripada seorang ketua kampung pada pukul 8.45 pagi semalam yang mendakwa melihat kehadiran sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah bot besar kelmarin.

"Laporan itu juga menyebut lelaki bersenjata tersebut telah membeli makanan secara pukal sekaligus menggemparkan penduduk di dua buah kampung tersebut" katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Tanjung Labian dikenali sebagai Ridal, 32, mendakwa, dia terdengar bunyi teriakan orang yang berlari menuju ke sebuah dewan.
"Kami kemudian nampak ada beberapa penduduk Kampung Tanjung Batu yang sama-sama menuju ke dewan. Mereka kata ternampak sekumpulan lelaki keluar dari kawasan ladang kelapa sawit menuju ke Kampung Tanjung Batu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pihaknya sudah menghantar sepasukan anggota untuk memantau kawasan terbabit.

"Kita sedang menyiasat jika ada kumpulan yang benar-benar telah memasuki kedua-dua kampung berkenaan," kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, pada masa ini, keadaan di kedua-dua kampung itu terkawal dengan pasukan keselamatan sedang membuat kawalan rapi.

Dengan perkembangan terbaharu itu, pihak penceroboh kini telah masuk ke lima buah kampung dengan didahului Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sebelum diikuti Kampung Seri Jaya, Siminul dekat Semporna dan Kunak.

Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Tanduo.

Luas kawasan yang diceroboh kira-kira 500 meter persegi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SHARE