Mungkin pemandangan seperti dalam gambar di atas amat asing bagi anda sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan adat budaya ketimuran, bersopan santun dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Tapi kini semua itu tidak mustahil berlaku kerana peredaran waktu dan kemodenan yang mendesak untuk kehidupan sosial yang biasa, luar biasa dan terlarang diamalkan tanpa sebarang halangan.
Perjuangan cara hidup ini di Malaysia sudah lama diperjuangkan dan kemuncaknya dapat dilihat kebelakangan dalam tahun 2011 dan 2012 dimana perjuangan untuk mendapatkan hak bernikah lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan didesak secara terbuka.
Amalan seks secara bebas juga dituntut oleh masyarakat Lesbian, Gay, Bisexual, and Transgender (LGBT) sekaligus mengiktiraf amalana songsang mereka sebagai suatu amalan yang sah tanpa halangan.
Cerita di atas hanyalah satu bahagian daripada ratusan cerita yang akan berlaku selepas parti pembangkang mengambil tampok pemerintahan negara.
Melihat kepada kesungguhan mereka melakukan pelbagai cara memperlihatkan usaha mereka bukanlah usaha main-main yang boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.
BACA LAGI SINI
No comments:
Post a Comment