Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 7 May 2013

TAHNIAH UMNO PERAK !!! PRU 13 DIKATAKAN UMNO LEBIH MENANG BERGANDA !!!


Di sebalik ketidaktentuan politik di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) Perak yang menghadapi saingan sengit daripada parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada PRU13 ini. 

Kemenangan itu membuktikan rakyat memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negeri ini sekali gus menolak dakwaan pembangkang bahawa parti gabungan itu memerintah Perak secara rampasan kuasa pada tahun 2009. 
Usaha meraih simpati rakyat dilakukan sejak empat tahun lalu apabila BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembangkang selepas empat anggota DUN pakatan pembangkang keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Namun, isu berkenaan dilihat tidak memberi kesan mendalam terhadap rakyat terutamanya pengundi Melayu. 

Pembangunan Perak atas usaha gigih kerajaan BN yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sejak empat tahun lalu terbukti membawa sokongan rakyat kepada BN. 

Program turun padang yang dilaksanakannnya menggunakan slogan 'tiada tertinggal, tiada terpinggir' turut membawa beliau menyelami hati rakyat dan merungkai permasalahan mereka.

Penganalisis politik, Datuk Rais Hussin Mohamad Ariff, berkata penduduk Perak mahu Zambry terus memimpin dan meneruskan usaha mentadbir negeri dengan baik. 

"Mereka mahu BN terus mentadbir negeri ini. Mereka sudah memberi mandat langsung kepada Zambry untuk meneruskan khidmat cemerlang beliau. 

"Beliau perlu bergerak pantas sejak hari pertama mengangkat sumpah jawatan pada 2009. Beliau berjaya mengharungi apa jua pergolakan yang mendatang. Beliau meletakkan Perak di tempat sewajarnya. Rakyat nampak perkara ini, menyukainya, dan terus mengundi kepimpinannya," katanya. 

Kemenangan BN pada PRU13 turut diperoleh melalui sokongan Melayu yang bertambah baik apabila UMNO berjaya menyumbang 30 daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi parti gabungan itu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Umno memenangi 27 kerusi DUN. 

UMNO yang bertanding 36 kerusi DUN pada pilihan raya ini, bertambah dua kerusi daripada pilihan raya umum lalu, berjaya memenangi semula kerusi Pengkalan Hulu, Kubu Gajah, Kampung Gajah, Trong, Tualang Sekah, Batu Kurau dan Alor Pongsu. 
Selain itu, parti itu juga berjaya meraih majoriti undi lebih besar di 20 kawasan DUN yang dimenangi. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...