Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 25 June 2013

PANAS !!! ANWAR TERUS PERLEKEH TITAG AGONG???



Pakatan Rakyat akan terus mengusulkan bantahan terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu yang dianggap tidak telus dan berlaku penipuan meskipun Yang di-Pertuan Agong hari ini bertitah mahukan semua pihak menerima dan menghormati keputusan pilihan raya 5 Mei itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, titah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat dan ia bukannya satu arahan.

Justeru kata Anwar, pembangkang akan menggunakan pentas pembukaan sesi Parlimen kali ini bagi membahaskan segala usul yang berkaitrapat dengan penipuan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

"Agong bercakap berdasarkan usul yang dibawa oleh Perdana Menteri untuk pertimbangan parlimen dan kemudian kita menimbangkan dan membahaskan supaya Agong juga mendapat maklumat tentang penipuan besar kecurangan pilihan raya.

"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke 13 di sini, hari ini.

Diminta mengulas lanjut titah Seri Paduka yang menasihatkan semua pihak agar menghormati keputusan pilihan raya umum lalu, Anwar berkata titah tersebut tidak sedikit pun akan membuatkan pembangkang mahu terus berdiam diri daripada membantah.

"Dalam semua konvensyen demokrasi, ucapan yang dicadangkan oleh PM adalah untuk berdebat di Dewan Rakyat. Ia adalah amalan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen," katanya.

Beliau sebaliknya berkata, hanya media pro-Umno sahaja yang jahil tentang konvensyen demokrasi berparlimen. [baca penuh]


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...