Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 5 June 2013

[WAJIB BACA] PANAS !!! SURAT TERBUKA BUAT DS NAJIB!!!

DS Najib

Sila ambil maklum. Sebelum PRU13 para blogger pro kerajaan banyak membantu kempen untuk memenangkan Umno. Malah para pelawat blog juga sama2 memainkan peranan membela Umno. Selapas keputusan PRU13 diumumkan, mereka ini lah juga yang tak putus2 memuji anda dan mengucap tahniah kepada anda. Bilangan mereka ramai.

Saya yakin dan teramat yakin, para2 blogger dan pelawat2 blog berkenaan telah memberikan undi kepada Umno pada PRU13 yang lalu. Saya dan mereka tidak undi Umno kerana nak selamatkan BN atau kerana nak angkat anda jadi PM. Kami undi Umno kerana nak selamatkan kuasa politik melayu. Kami tak rela melayu hilang kuasa memerintah negara ini. Kami tak mahu Malaysia menjadi Singapore. Kami tak mahu DAP menguasai kerajaan secara halus. Ya, memang kami teramat yakin, andai kata PR berjaya membentuk kerajaan, pasti DAP lah yang akan menentukan halatuju kerajaan PR. Kami buka mata dan buka minda, kami kaji apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang selepas PRU12 (Perak berjaya diselamatkan oleh Umno).

Di Selangor, memang MBnya melayu, memang wakil rakyat PR melayu ada dari PKR dan ada dari Pas. Mereka itu semua betul2 jadi kupang tembaga atau tunggul. Yang control kerajaan negeri Selangor adalah DAP. Kes Datok Hassan Ali, contoh yang dirujuk.

Di Pulau Pinang, tak usah cakap lah. Wakil2 melayu dalam DUN, bukan tunggul lagi tapi tak ubah macam alas kaki saja. Melayu ditekan, melayu dihimpit .. berani kah wakil melayu dalam DUN melawan arahan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng menjadi Maharaja Cina di Pulau Pinang

Tetapi selepas anda membentuk barisan kabinet baru, kenapa orang2 yang sama yang telah mengundi Umno pada PRU13, kini tidak lagi senang dengan anda, tapi tidak dengan Umno. Pasti ada yang tak kena dengan anda wahai DS Najib. Mahasabah lah diri anda. Zaman wakil rakyat atau YB nak berlagak sombong dah berlalu.

Wahai DS Najib

Tolong lah tolong. Jaga kemuliaan institusi raja2 melayu. KDYMM Yang Dipertuan Agong dihina, apa tindakan anda ? Institusi2 yang sedia ada di naungi oleh raja2 melayu dan Yang Dipertuan Agong, jangan sekali2 diusik. Perbuatan anda meletakkan SPR dibawah kawalan parlimen, ini tindakan menghina mertabat serta maruah Yang Dipertuan Agong, kami tidak undi Umno untuk membolehkan anda memijak2 kedaulatan raja2 melayu. Bangsa melayu dihina oleh guru bangsa cina komunis, apa tindakan anda ? Tapi bila satu orang cikgu melayu dalam perhimpunan di sekolah beliau mengajar telah mengeluarkan nasihat yang mengingatkan kaum pendatang tentang untung nasib mereka dinegara ini, beliau dituduh rasis dan tindakan serta merta diambil.

DS Najib

Anda jangan hanya berani merotan bangsa sendiri, sedangkan bangsa lain (cina dan india) nak menjentik pun anda tak berani.

DS Najib

Jangan ingat melayu2 yang telah mengundi Umno pada PRU13 tidak tergamak mengkafankan Umno pada PRU14 sekiranya, Umno gagal menjaga hal2 berkenaan melayu dan raja2 melayu. Melayu hari ini dah banyak belajar daripada pengundi cina. Kalau pengundi cina boleh berpakat secara diam2 untuk memenangkan DAP, bukan mustahil pengundi melayu boleh memenangkan Pas asalkan Pas bersedia berpisah daripada DAP.

DS Najib

Anda jangan buat keputusan sorang2. Minta pendapat serta pandangan ahli MKT Umno sebelum buat sesuatu keputusan. Ahli2 MKT Umno pula, jika cadangan Najib tidak menguntungkan melayu, jangan takut untuk mengatakan " TIDAAAKKKK ". Parti Tunggal sebagai contoh, terbela kah nasib dan masa depan bangsa melayu jika ianya dilaksanakan ???????

DS Najib

Janji kami kepada anda hanya satu. " Anda Jaga Melayu, Melayu Pasti Akan Jaga Anda ".

*Hj Arifin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...