Kali ini Anak Jati Malaya sempat melihat blog rakan iaitu blog jawa Bernam.Entri kali ini lebih kepada betapa bangsatnya pihak tidak bertanggungjawab berkenaan PENIAGA MELAYU DIDENDA RM50,000 HANYA KERANA GERAI ADA KARAOKE!!
Hangin satu badan betul gua kali ini mahu tak nya ala apa kah masuk akal didenda sehingga sekian rupa dengan jumlah yang begitu besar.
Menurut info dari blog Jawa Bernam , Gerai yang dibina di atas tanah sendiri dan tidak mengganggu tanah rizab mahupun tanah milik kerajaan negeri ini dikejutkan dengan menerima denda/kompaun bernilai RM50,000 dari MDSB kerana dikatakan hanya tidak mempunyai lesen perniagaan untuk berniaga.
Pelik! Itulah yang terlintas difikiran aku sekarang ini. Gerai untuk Melayu mencari nafkah secara halal didenda RM50,000. Sedangkan pusat urut, pub, disco, pusat judi di pekan Sungai Besar dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang denda. Apa ingat pusat mesin judi dan rumah urut haram di Pekan Sungai Besar tu semua ada lesen ke?? Kenapa tak denda atau saman??
No comments:
Post a Comment