Ibu Alvin Kecewa Kebodohan Anaknya | Ibu kepada blogger Alvin Tan telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.
Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.
"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.
"Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya." Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal.
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Puan Tan juga mengakui perbuatan pasangan itu yang gemar digelar Alvivi, sebagai bertentangan dengan budaya kehidupan di Malaysia.
"Saya terkejut apabila tersebar isu video seks sebelum ini. Saya beri amaran kerana Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara Barat," katanya yang menyedari kecenderungan Alvin berbeza dengan rakan seusianya.
Selain itu, beliau berkata, keluarganya juga diganggu orang tidak dikenali hingga mereka berasa trauma dan hidup dalam serba kebimbangan.
"Selain tekanan fizikal dan emosi, kami juga berdepan masalah beban kewangan yang besar seperti kebanyakan keluarga sederhana lain. Kami tidak kaya.
"Dan, kejadian ini menambahkan masalah kewangan kami," katanya.
Menceritakan detik perbuatan anaknya berkaitan paparan video s@ks dan Bak Kut Teh 'halal' diketahuinya, beliau mengakui berasa kecewa dengan Alvin.
"Sangat payah untuk ditelan. Secara mudah, saya tidak memahami dunia Alvin. Tapi mereka hanya dua anak muda. Masih mentah dan mudah melakukan kesilapan bodoh," katanya lagi. Kepada ibu Alvin, terimalah hakikat bahawa kerana mulut badan binasa!
Dan andainya kita merujuk tahap pelajaran Alvin (National University Of Singapore), pasti kita tidak akan setuju dengan kenyataan ibu Alvin kononnya masih mentah. Printscreen twitter di atas juga jelas menunjukkan kebiadapan habitual Alvin.
No comments:
Post a Comment