Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 28 August 2013

TERKINI !!! Wira Perkasa Mendesak Najib Untuk Meletakkan Jawatan !!!

Dari sehari kesehari Perkasa dilihat semakin menjurus kearah perjuangan yang lebih besar. Bermula dengan perjuangan kearah perkauman iaitu mempertahankan hak orang orang melayu diawal penubuhannya, kini dibawah kepimpinan wira perkasa saudara Irwan Fahmi kita dapat lihat wira perkasa telah mengorak langkah dengan membawa arus perjuangan orang orang muda melayu dalam memartabatkan agama Islam.

Keberanian saudara Irwan Fahmi menegur  Najib Razak pada bulan ramadhan baru baru ini didalam perjumpaan tertutup di pejabat perdana menteri sudah heboh diperkatakan oleh umat melayu didalam whatsapp dan juga facebook.

Ditambah pula dengan terbongkar pula didalam mahkamah rayuan baru baru ini dimana kisah bagaimana Najib sendiri yang menandatangani kelulusan untuk membenarkan orang orang kristian menggunakan kalimah Allah didalam bible mereka telah benar benar mengecewakan umat Islam yang ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Bagi mereka yang berjuang demi wang ringgit dan jawatan sememangnya sudah dijangka mereka langsung tidak menghiraukan kalimah Allah digadaikan oleh najib semata mata mahu meraih undi pada PRU yang lepas. Klik sini

Agak mendukacitakan juga apabila isu kalimah Allah tiada langsung kedengaran untuk dipertahankan  didalam mesyuarat mesyuarat cawangan umno yang sedang sibuk dijalankan sekarang. Adakah ahli ahli umno lebih sebuk dengan percaturan merebut jawatan sehingga terlupa untuk memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanahair? Klik sini

Nampaknya umat Islam di Malaysia sudah sepatutnya tidak menyandarkan harapan yang tinggi kepada umno dalam usaha untuk mempertahankan Agama.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Saudara Irwan Fahmi yang mendesak supaya Najib wajar untuk melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO. Klik sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...