Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 17 September 2013

PANAS !!Pemuda Umno Gopeng Serius Mahu Merampas DUN Sg Rapat

Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.

Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.

Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.

Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja.

Dan yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang berasal dari Johor.

Namun begitu atas dasar setiakawan dan sayangkan pemuda umno gopeng, saudara Adli telah berjaya dipujuk untuk sekali lagi menawarkan diri dalam pertandingan untuk mengisi tampuk kepimpinan pemuda umno gopeng yang telah lama ditinggalkan oleh ketua pemudanya sebaik saja meraih kemenangan pada 2008 dahulu.

Kekuatan saudara Adli sebenarnya bukan sahaja terletak kepada personalitinya yang mesra dan berintegriti tetapi juga kebijaksanaannya dalam membentuk pasukan yang benar benar berkualiti dalam mengharungi bersama sama dengannya untuk memperjuangkan survival bangsa melayu.

Pemilihan saudara Adli dalam mengambil saudara Shamuddin Tajuddin sebagai naib ketuanya dilihat sebagai tektik yang benar benar bijak kerana saudara Shamuddin adalah juga seorang pegawai yang berkhidmat didalam agensi kerajaan yang tahu selok belok pilihanraya. Ini menampakkan saudara Adli amat serius untuk membentuk satu pasukan bagi membantu umno untuk memenangi Dun Sg Rapat pada PRU akan datang.

Kepada Saudara Adli dan pasukannya saya ucapkan SELAMAT MAJUJAYA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...