Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 1 December 2013

Terkini !!! ANAK AMOI CHINA INI JOIN PROGRAM BERKHATAN ANJURAN UMNO!,


SEGAMAT - Seorang kanak-kanak Cina menarik perhatian ramai apabila turut dikhatankan bersama 87 peserta Islam lain pada program Khatan Perdana anjuran Umno Bahagian Sekijang di Klinik Kesihatan Bandar Putra, di sini semalam.

Pang Ka Yong, 11, kelihatan begitu teruja apabila dapat bersama dengan kanak-kanak lain berkhatan dan merasai sendiri pengalaman diarak dengan paluan kompang selain disiram air menggunakan hos bomba.

“Dalam teruja saya juga sedikit berdebar apabila mendengar jeritan dan tangisan peserta lain yang sedang dikhatankan. Saya satu-satunya kanak-kanak bukan Islam yang hadir pada hari ini (semalam).

“Memang takut sebab tanya rakan di sekolah pun tiada yang berkhatan. Jadi dalam kalangan rakan sebangsa, saya yang pertama berkhatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ka Yong dari Bukit Siput ditemani ibunya, Cheng Yin Mei, 36.

Yin Mei berkata, hampir dua minggu dia memujuk anak sulungnya itu supaya turut sama berkhatan pada program itu malah meyakinkan proses berkenaan tidak menyakitkan.

Jelasnya, antara sebab dia menyarankan anaknya berkhatan kerana Ka Yong sering mendapat alahan selain mengetahui ia cara terbaik bagi memastikan kebersihan diri lelaki.

“Selepas mendapat tahu program ini daripada rakan saya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Daerah Segamat (HDS), saya terus mendaftarkan anak saya walaupun pada mulanya dia enggan untuk dikhatankan.

“Selepas ini, adik lelakinya pula akan menyusul bila dia besar sedikit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sekijang, Datuk Baharum Mohamed berkata, program itu bukan sekadar menyahut amalan berkhatan yang dituntut Islam malah merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan masyarakat.

Menurutnya, kebiasaan, kos berkhatan sekitar RM250 hingga RM280, tetapi hari ini (semalam) semua peserta dikhatankan secara percuma.

“Program ini bukan saja murah, malah lebih selamat berikutan dilakukan pegawai perubatan bertauliah selain dengan kerjasama Pemuda Umno Sekijang kerana kami hendak mereka lebih dekat dengan kanak-kanak ini.

“Selain itu, kita mendapat kerjasama daripada Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr Mokhtar Ahmad dan Balai Bomba Bandar Putra pada majlis hari ini (semalam),” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sekijang yang juga Naib Ketua Umno Sekijang, Anuar Abdul Manap; Ketua Pemuda Umno Sekijang, Salleheen Mohamad dan Timbalan Ketua Umno Sekijang, Alus Kassim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...