Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 11 June 2014

SAMSENG JALANRAYA: MAMAT BERLAKON JADI MANGSA, SEBENARNYA SAMSENG DAN CARI FASAL!!!


SEMALAM, satu kejadian samseng jalanan telah dilaporkan (DI SINI). Berdasarkan gambar serta video yang disertakan oleh pembuat posting, yang kelihatan bersalah adalah pemandu dan penumpang kereta Myvi putih dengan nombor pendaftaran WSW 5028.

Bagaimanapun, daripada pemandu dan pemilik kenderaan yang didakwa samseng itu, lain pula ceritanya. Begitu juga dengan saksi yang melihat kejadian berkenaan. 

Ikuti penjelasan daripada pemandu Myvi putih yang telah disalin-tampal sepenuhnya dari mymediahubonline.blogspot.com.



Dari sebelah pihak pemandu Myvi pula menjelaskan pada masa kejadian itu, mereka sedang beratur di Lorong Smartag Tol Gombak. 

Akan tetapi, sebuah kereta Toyota Vios (perakam video) datang dari lorong sebelah dan terus memotong barisan di hadapan mereka dengan menggunakan strategi himpit dan rapat gila-gila.

Akibatnya, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel.

Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi, bertindak membunyikan hon bertalu-talu.

Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara tiba-tiba dengan sengaja di hadapan kereta.

Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah.

Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan.

Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan.

Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted. - My Media Hub


KETERANGAN SAKSI PULA:



Berlainan dari cerita asal, ini pula cerita dari pemandu Perodua Myvi yang menjadi mangsa langgar pemandu Vios yang juga perakam video yang tersebar di laman sosial hari ini.

Menurut Nur Alya Ahmad, saksi kepada kejadian tersebut mendakwa video yang disebarkan itu tidak menceritakan hal sebenar yang berlaku. Sebaliknya ia dilihat berat sebelah dan si perakam video dilihat cuba meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan dirinya tidak bersalah.

Menurut Nur Alya Ahmad lagi, kejadian bermula apabila Toyota Vios nombor pendaftaran WWJ 1134 yang kononnya menjadi mangsa dalam video tersebut memotong barisan untuk masuk ke lorong Smartag.



Nur Alya yang menyaksikan kejadian itu dari belakang melihat Toyota Vios berkenaan menghimpit Myvi dengan rapat dan sengaja sehingga menyebabkan side mirror kedua-dua kenderaan terbabit bergesel.

Menyangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, Nur Alya terus mengekori dua kereta berkenaan. Sangkaannya tepat, selepas insiden pergeseran berkenaan, pemandu Vios cuba memprovokasi Myvi untuk berhenti. Ini termasuk cubaan membrek kenderaannya secara mengejut di hadapan Myvi.


Tidak tahan dengan provokasi melampau berkenaan, akhirnya pemandu Myvi mengambil keputusan untuk berhenti di stesen BHP selepas Tol Gombak.


Namun begitu Nur Alya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Cuma dia meminta agar semua pihak tidak terus menerus percaya pada rakaman video yang tidak menunjukkan kejadian yang sebenar itu. - My Media Hub

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...