Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 5 November 2012

~Nak berubah tak perlu sertai parti politik - Iqram Dinzly @abby_abadi112~



Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita. Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

 Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan. Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak. Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik.

 “Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

 “Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam,” kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.

 Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya. Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif. “Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya. “Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah.

Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini. “Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh,” katanya. Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas. Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini.

~GEMPAR!!! RANGKA UMAT NABI HUD D JUMPAI !! SUBHANALLAH !!~



Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?






Sunday, 4 November 2012

~kenyataan berasap tun m~



Kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan persetujuan sekutunya iaitu DAP dan Pas menyebabkan mereka sehingga kini gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan itu membuktikan pakatan pembangkang yang wujud tanpa sebarang perjanjian rasmi dan bertulis tidak akan mampu mentadbir negara dengan berkesan.

Katanya, ketidakmampuan pembangkang yang diketuai Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu disebabkan para pemimpin setiap parti berkenaan bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang portfolio penting dalam kerajaan.

"Kita harus ingat, pakatan pembangkang bukan coalition, tapi perjanjian secara tak bertulis untuk lawan Barisan Nasional (BN), mereka tiada perancangan masa depan, sebab itu sukar untuk pilih pemimpin kerana masing-masing mahu jadi pemimpin.

"Anwar ingat beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar, DAP pun teringin juga," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan bertajuk Cerminan Pengalaman Pembangunan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang berada selama tiga hari di sini sejak semalam dijemput khas kerajaan Sudan bagi menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) yang julung kali dianjurkan serta menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat dari kedua-dua negara ditandatangani.

Dr Mahathir mengulas keengganan Anwar mengumumkan senarai Kabinet bayangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun berjanji berbuat demikian sejak 2008.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga mencabar Anwar menyenaraikan senarai Kabinet bayangan tersebut dan kegagalan berbuat demikian membuktikan mereka tidak mampu mentadbir negara.

Dr Mahathir menambah, rakyat perlu memandang serius kegagalan pembangkang tersebut kerana pembangkang jelas tidak mempunyai perancangan membangunkan negara.

Menurut beliau, pembangkang juga gagal menjaga kepentingan rakyat dan keadaan itu berbeza dengan kemantapan kerjasama dalam BN yang telah memerintah selama 55 tahun.

cc to:http://novandri.blogspot.com/2012/11/kenyataan-pedas-tun-dr-mahathir-tentang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Saturday, 3 November 2012

~Cadangan Hadi Bertanding Cabar Najib Di Parlimen Pekan Sekadar Isu Lama: Zambry~






Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan cadangan  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Pekan bagi mencabar Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah dibangkitkan pada pilihan raya umum yang lalu.
Sambil menegaskan itu hanya taktik pembangkang untuk mencabar populariti Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, kini terpulang kepada pimpinan tertinggi PAS untuk menentukan siapa calon yang bakal bertanding di Parlimen Pekan.
“Kalau mereka nak lawan, lawanlah dan biarlah kita lihat nanti siapa siapa yang lebih popular,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival JKR Perak di Dewan Jubli Perak, dekat Kuala Kangsar, hari ini.
Semalam, Abdul Hadi yang dipetik daripada BERNAMA berkata, terpulang kepada parti menentukan kerusi mana beliau bertanding termasuk kerusi Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika diminta berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Jika parti hendak suruh bertanding di (Parlimen) Pekan, saya bertandinglah di Pekan,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...