Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 9 December 2012

~GEMPAR!!!JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH DI PALESTIN~



Bendera Malaysia, Jalur Gemilang dengan bangganya berkibar semasa perhimpunan untuk menandakan kemenangan Palestin. Ia telah dihadiri oleh sepuluh ribu rakyat Palestin bersempena dengan sambutan ulang tahun 25 Hamas. -
Bernama.


kome nampak tk siapa yg pegang bendera tuh...hihi...negara luar punya hormat kita...

~PUNCA MELAYU BERPECAH BKN DRPD PAS SEBALIKNYA UMNO~



KOTA BHARU - Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu  kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya.

Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar  itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali.

“Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.

"Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.

"Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK)  itu di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin yang menegaskan Pas bersedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam.

Hashim menjelaskan, Nik Aziz pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.

Hashim mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Adun Tambun Tualang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada beliau akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang kerana doa Pas agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata , perpecahan di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya Umno mengambil Islam sebagai perjuangan mereka.

“Kalau Umno sendiri buang kebangsaan, kita tak akan bergaduh, Melayu pecah dua sekarang ini kerana tak terima Islam... bersatu... bersatu atas apa, perompak pun bersatu juga puak-puak dia, perompak ada geng dia, penyamun ada geng dia, orang politik ada geng dia, cuma yang itu orang panggil geng, yang ini orang panggil parti, benda sama sahaja,” katanya. -SH

Saturday, 8 December 2012

~MEROYAN LAGI !!!AHLI PKR SERTAI UMNO~

ini mungkin membuat kan lagi mereka lebih meroyan drpd biasa...kih kih kih.huuuu org kuar Nuar tu yg kuar dr pkr...kebetulan plk ahli2 pkr pon turut serta meninggalkan pkr(parti kian runtuh)..haha...tengok je di bawah nih..

Bekas pemimpin PKR ini meninggalkan parti pembangkang pada Februari 2010 dan menjadi ahli Parlimen Bebas.


Berita memang ditunggu oleh pemimpin UMNO di Pulau Pinang kerana mereka bukan sahaja tahu asal usul Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat malah boleh dimanfaat sebaik mungkin demi Agama Bangsa dan Tanahair.

~TUN M:Melayu perlu sokong Umno utk jadi kuat dalam politik..~


Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu.

Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.


"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat dan berjasa itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.

"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."

Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.

"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.

"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.

"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?

" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi
 

~RUGI SATU UNDI,SATU KERUSI ~


Bayan Baru Pulau Pinang - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan borang untuk kembali menyertai parti UMNO kepada Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.
 Untuk rekod beliau yang bertanding pada Pilihanraya ke 12 yang lalu menang atas tiket PKR menewaskan Ooi Siew Kim dari parti Gerakan  dengan majoriti sebanyak 11,029 undi.  Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di dewan rakyat akan berubah dari barisan kerusi  PKR kepada barisan kerusi Bebas bermula pada 15 Mac 2010. Alasan beliau adalah kerana kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsesus Bebas di parlimen.

 Punca beliau keluar dari PKR dengan melepaskan semua jawatan yang disandang adalah kerana tidak berpuashati dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat persis "diktator, chauvinis dan berotak komunis".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...