Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 19 January 2013

Kempunan masuk bertanding Pru 13 !!!


Kelako giler lar yop si Jais ni manakan tidak beliau nak masuk bertanding dalam pru 13 ni...heee apa hei nya tetiba nak masuk bertanding wooo.....hai ada perjanjian dgn si IrMo ke??? ..fuyyo kable byk bosak wooo...kikiki..

Menurut info daripada blog Keris Putera si Jais ni semenjak jadi Presiden GPMS ada hati nak menjadikan MBM ni suara paling lantang dan garang dalam mengutarakan suara belia.Amboi apa kes waktu dalam GPMS pon tak berapa bersuara ni kan pula nak bertanding. heeeee ...

Didalam Blognya juga ada mempersoalkan tentang isu rumah belia..Adakah sekadar untuk meraih kepentingan undi semata-mata atau ada tujuan disebalik batu??

Jawab jangan tak jawab..

Nantikan pendedahan akan datang tentang Salah Guna Cara utk meraih undi pencalonan !!!

pendedahan Pengedaran Kitab Bible di hadapan sekolah


Hmmm tak tahu lah kan apa nak jadi lepas ni sekiranya di Malaysia ni mengamalakan konsep kebebasan menyampaikan dakwah.Nasib baiklah kerajaan telah mengamalkan konsep bangsa melayu itu mesti beragama islam ,mujurlah.Tetapi apa yang anak jati nak tunjukkan pada semua satu gambar iaitu tentang Pengedaran Kitab Bible di hadapan sekolah yang telah dilakukan oleh pihak bertanggung jawab.Teman harap pihak berkenaan pantau dengan kegiatan ini.

Sumber gambar [SINI]

Saingan tumpas di Tangan Jozan ... Tahniah


Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), di sini malam Jumaat.

Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama.
Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Bagaimanapun Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik & Nabil) yang pernah bergelar naib juara MLM 2011 sebelum ini terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat.

Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan tunggal dari Indonesia iaitu Saywho (Eko, Bocil & Vicha) berada di tempat kelima. Mereka mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2012 akhir itu terdiri daripada Awie, Wulan Guritno, Najib Ali dan Lisa Surihani.

Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Sementara itu mengulas kemenangan mereka, Jozan berkata, ia adalah rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

Bagaimanapun ia adakan berkat sokongan para peminat yang sentiasa menjadi pendorong untuk mereka memberikan persembahan mantap pada setiap minggu.

"Tanpa peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kejayaan ini tidak akan bererti dan kemenangan ini adalah untuk mereka semua," jelasnya ketika ditemui selepas acara itu.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh bersama Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersiaran secara langsung menerusi saluran Mustika HD (134) dan Astro Warna (132).

Saksi takut dengan Pathmanabhan !!!


HAH ALAM 17 Jan. - Sewaktu tertuduh ketiga kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, R. Matan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini, lelaki itu menyatakan pada petang 30 Ogos 2010, kakak R. Kathavarayan dan keluarganya ada datang ke Ladang Gadong, Banting, dekat sini.

Bagaimanapun, apabila persoalan yang sama ditanya oleh peguam, Manjeet Singh Dhillon hari ini kepada Kathavarayan, 33, yang juga tertuduh keempat kes tersebut pada peringkat pemeriksaan balas, pekerja ladang itu menafikan perkara tersebut.

KATHAVARAYAN: Ini (kedatangan kakak dan keluarganya ke ladang tersebut) diajar oleh peguam.

MANJEET: Peguam mana?

KATHAVARAYAN: Peguam yang wakili saya sebelum ini, Ravi.

Saksi pembelaan keempat itu sebelum ini diwakili peguam-peguam Ravi Neeko dan Datuk Ng See Teong namun kedua-duanya telah menarik diri daripada mewakili Kathavarayan pada 3 Disember tahun lalu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130118/ma_01/Saksi-takut-dengan-Pathmanabhan#ixzz2IIR2lJsd
© Utusan Melayu (M) Bhd

4,000 Masih Belum Memohon Pengecualian PTPTN


Ketika masyarakat kita khususnya segelintir golongan mahasiswa mendesak pihak kerajaan untuk menukar status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, masih terdapat golongan yang tidak mengendahkan peluang tersebut walaupun layak menikmatinya.

Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.

“Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman.

SUMBER [Belia Bangkit]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...