Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 11 February 2013

Pencaccai PR Kantoi lagi



Halamak ai!!! Macam mana ni? Tapi kalau tengok gaya, blogger Pakatan sorang ni bukan main hebat lagi gayanya. Macam dah kira otai sangat dah.

Tapi kantoi pun benda yang cikai - cikai. Sebelum ni, dalam blog dia ada la dia buat cerita pasal Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry pasal satu gambar.

Kononnya, kata blogger 'Hebat' tu, Datuk Dr. Zambry tu sengaja nak ambik kesempatan terhadap seorang wanita yang dilihat sedang menangis kesedihan.

Bagi orang yang melihat gambar tu, dah tentu - tentu orang akan beranggapan bahawa Datuk Dr. Zambry sekadar mempamerkan rasa keprihatinan beliau.

Nak diikutkan, tak de la isu sangat pasal cerita dalam gambar tu. Tinggal lagi blogger 'Hebat Sangat Tak Ingat Dunia' tu nak jugak spin dan jadikannya satu isu besar.

Nah!!! Sekarang korang tengok gambar kat bawah ni pulak. Agak - agak korang, apa yang Si Biawak Guan Eng ni buat? Dia bukan ambik kesempatan jugak ke?


Lagi > Semut Hitam

Amanah Hadi yang telah di update kan.


Mereka boleh keluarkan amanat ,kenapa kita tak boleh...Renung baca dan sebarkan

Artis Pro R dah Kahwin.Tahniah yeee



Di kala rakyat Malaysia sedang berpusu-pusu pulang ke kampung, Pierre Andre telah pun selamat melangsungkan pertunangannya dengan seorang gadis yang berasal dari Johor. Gadis yang berjaya mencuri hati Pierre ini bernama Nurhidayah.

Daripada gambar yang dikongsi oleh MIG Online, jelas terserlah kemeriahan majlis pertunangan Pierre dan Nurhidayah. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan selepas ini.



Khatijah Tan tentulah manusia yang paling gembira dengan berita ini kerana anaknya bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Tersenyum lebar Khatijah Tan bergambar di sebelah bakal menantunya.



Penguatkuasa A kantoi ??



Tengok muka laki ini puas puas,,pagi tadi dia telah cuba menyamun seorang makcik di kedai makan mak jemah corner a.k.a foodcourt jalan tenggeri seberang jaya,

Nasib penyamun ini mmg malang, bila orang ramai dapat menangkap dia, di belasah suku nyawa. Dia dipercayai seorang penguatkuasa majlis tempatan di pulau pinang. Sungguh memalukan bila berani membuat kerja menyamun yang mungkin membahayakan mangsa.

Bekas Pelakon Inspektor Kantoi lagi?



Mungkin inilah yang orang kata hukum karma. Dalam Islam, ianya digelarkan sebagai Hukum Khifarah. Apa kita buat pada orang, kena balik pada kita.

Kalau baik kita buat, baik jugak la yang kita terima. Kalau buruk yang kita buat, sendiri mau paham la ye. Tak payah la buat - buat tak tau pulak.

Jadi, tak heran la kalau orang buat pendedahan macam ni. Sebab selama ni pun Si Ostazah Pening tu suka jugak dok buat cerita yang bukan - bukan terhadap orang lain. "So, what you give you get back la kata orang kampung" PPuuuuiiii..

Terengganu Today - Bukan sahaja laris di pentas ceramah PAS, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan arkitek terkenal, Dato' Raja Kamarul Bahrin.

Pertengahan tahun lalu, Abby turut dikaitkan dengan nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan.

Namun, hubungan itu dikatakan tidak betahan lama apabila Dato' Takiyuddin mendapat maklumat Abby mempunyai hubungan lain yang lebih 'istimewa'.

Lebih menimbulkan persoalan, Abby Abadi dilihat bersama Raja Bahrin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan pelakon Gerak Khas itu dalam siri program politiknya bersama PAS ke Terengganu turut disambut Raja Bahrin.

Secara kebetulannya, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis, Noryn Aziz turut dikaitkan sebagai calon Menteri Besar menggantikan Abdul Wahid Endut sekiranya PAS bejaya menawan Terenganu.

Menurut sumber dalaman PAS, Abdul Wahid tidak dicalonkan untuk jawatan itu berikutan hubungan dinginnya dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang serta kegagalan Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Raja Bahrin yang disebut-sebut sebagai calon PAS di DUN Ladang turut mendapat sokongan pemimpin kanan PAS dari Kuala Nerus dan Dungun serta sokongan 'belakang tabir' dari ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sebab itulah, Abby begitu kerap turun ke Terengganu dalam program politiknya bersama PAS. Menjelang pilihan raya, Abby menjadi pilihan Raja Bahrin untuk program politiknya di Terengganu.

Perkara itu turut dicemburi jentera PAS yang lain kerana Abby dikatakan mendapat bayaran lebih daripada Raja Bahrin serta PAS sendiri. Raja Bahrin dilihat begitu aktif bersama program-program PAS, ceramah, makan di warung-warung kopi bersama rakyat biasa dan turun padang bersama jentera pilihan raya PAS.

SUMBER:URUK HAI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...