Moh Follow ANAK JATI MALAYA
AMARAN ANAK JATI MALAYA
~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak
~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Sunday, 24 February 2013
ARTIS SERTAI PARTI POLITIK!!!
Baru-baru ini seorang lagi artis terkenal tanah air mengumumkan untuk sertai UMNO dengan membuat penyerahan borang ahli di cawangan UMNO Kampung Baru, Bentong.
Artis yang dimaksudkan adalah Azhar Sulaiman yang juga arkitek terkenal dan banyak menempa nama di dalam dan luar negara.
Beliau berkata, pengumuman dibuat atas dasar keyakinan yang tinggi terhadap UMNO dalam membela rakyat Malaysia.
Azhar percaya, hanya UMNO/BN sajaha yang mampu mentadbir negara ke arah negara maju kelak.
Jelasnya, penglibatan beliau dalam politik lahir dari hati dan rasa tanggungjawab untuk membetulkan keadaan. Azhar sedia dan berjanji untuk membantu UMNO/BN dalam kempen pilihan raya ke-13.
TAWAR DIRI DI FB DAPAT HABUAN PULUHAN RIBU SEBULAN.....perghhhhh

Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB.
Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.
Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.
Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.
Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi ‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari.
“Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi.
“Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan.
“Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30.
“Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada Metro Ahad.
Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.
Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’ berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu.
Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari ‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu.
Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.
Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat.
“Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera.
“Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka.
“Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, ‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel.
“Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya.
“Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor.
Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi.
Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.
“Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat.
“Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan.
Askar Israel hina islam dengan cara berbogel?
Seorang askar Israel dikecam kerana mengambil gambar bogelnya sendiri lalu dimuat naik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
Jurucakap tentera, Kapten Eytan Buchman berkata, tindakan itu sesuatu tidak bermoral dan memalukan keseluruhan pasukan tentera.
"Kami akan melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti siapa lagi anggota terbabit dalam insiden itu," katanya
Laman web pro-Palestin melaporkan, askar berkenaan turut menulis kenyataan menghina negara Arab dan mengaku menyertai pasukan tentera hanya untuk menewaskan pengganas.
"Ramai kalangan tentera Israel melakukan pencabulan dan penghinaan terhadap Islam di dalam laman web sosial," katanya.
Menurut laporan itu lagi, tindakan ini semakan berleluasa dan boleh membangkitkan kemarahan seluruh penduduk Islam di peringkat antarabangsa
Penduduk Kelantan mengamuk??

TUMPAT 22 Feb. - Lebih 100 penduduk dan peneroka tanah di Pasir Pekan Hilir di sini, mengemukakan bantahan terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang memindah milik tanah seluas 400 hektar di tebing Sungai Kelantan kepada bukan bumiputera.
Dalam demonstrasi aman pada pukul 11 pagi itu, penduduk kampung terbabit turut mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memberikan mereka geran kerana mendakwa telah dijanjikan pemimpin itu sendiri sekitar tahun 1990-an.
Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 60, berkata, pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mengenai urusniaga tanah itu kelmarin menggemparkan penduduk yang mendakwa tertipu dengan klausa tebus guna kepada mereka ketika mula-mula mengambil tanah di situ.
SUMBER:Siemens MelayuMaju
Subscribe to:
Posts (Atom)