Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 1 April 2013

Tragis !!! Motosikal Meletop??


PATTANI 31 Mac - Dua anggota tentera Thailand terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu serangan bom motosikal di daerah Mayo, di sini semalam.

Serangan tersebut berlaku sehari selepas Komander Unit Rondaan, Kapten Siwat Sripuyo terbunuh dan 14 anggota unitnya cedera dalam serangan hendap di daerah Rueso, wilayah Narathiwat, kelmarin.

Sumber polis melaporkan, serangan bom berkenaan berlaku pada pukul 2.30 petang semalam ketika enam anggota tentera terbabit meronda di sebatang jalan di Ban Khaek Thao dekat Koh Chan dengan menaiki sebuah trak.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Maromalee Hama, 27, dan Nithi Chanowan, 25 tahun. Mereka meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital berdekatan.

Empat anggota tentera yang cedera dikenali sebagai Sompong Klanniam, 29, Thannandorn Kaeokhao, 28, Kriangsak Srikhet, 37, dan Mahamadarulee Malayu, 19 tahun.

Siasatan polis mendapati kira-kira 10 kilogram bahan letupan dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan di situ sebelum ia diletupkan.

Pertempuran selama lima minit turut berlaku antara kumpulan penyerang dan tentera selepas bom terbabit meletup.

Di YALA, seorang suspek kumpulan pemisah yang dikehendaki polis atas dakwaan melakukan lima serangan pistol di daerah Than To antara 2005 dan 2009, ditahan polis, semalam.

Suspek, Abdullah Pula, 34, ditahan di sebuah tempat persembunyian di ladang getah di Ban Rae selepas polis mendapat maklumat daripada penduduk kampung. - AGENSI



Hot !!! Pembuangan Kakitangan Awam Melayu didedahkan !!!


Beliau bercakap tentang cabaran yang dilontarkan kepada beliau oleh Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang tanpa beliau sedari, beliau itu sekadar orang luar dan tiada jawatan di dalam DAP Pulau Pinang.

Sudahlah kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang didakwa sebagai puppet hingga Pengerusi DAP Pulau Pinang dianggap bukan calon terbaik untuk menjadi Ketua Menteri negeri. Dan sekarang, Guan Eng DAP (atau penulis beliau di Komtar) itu cuba menegak benang yang basah mempamerkan diri beliau yang kononnya Competency, Accountability dan Transparency.

Padahal realitinya, rakyat Pulau Pinang memandang beliau sebabgai Cocky, Arrogant dan Tidak boleh dipercayai!

Dan segalanya itu bersebab dan ianya melekat dan menjadi skandal anak Kit Siang itu.

1. Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dilihat gagal memastikan pemilihan CEC DAP berjalan dengan transparens dan kompeten.


2. Bukan sahaja beliau dimalukan dengan kesilapan mengira undi tetapi gagal juga untuk memastikan kesemua wakil DAP menerima watikah untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan tersebut.

3. Cuba bayangkan, seramai 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih ahli Jawatan Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Baca Lagi SINI

Terkini !!! Majlis Keselamatan Negara dibubarkan atas sebab???


Pakatan Rakyat melancarkan Majlis Penasihat Keselamatan (MPKR) bertujuan untuk memantau Majlis Keselamatan Negara (MKN). Adeeh! Biar betul der! Siapa yang perintah negara sekarang ni? Pakatan Rakyat ke atau BN yang perintah. Tak usah buat lawak der! Kalau setakat main wayang siapa pun boleh...

Baca Lagi SINI

Terkini !!! [VIDEO] Budak Paling Berani Tumbuk Muka Tentera Israel.


Anda saksikan sendiri bagaimana garangnya adik Ahed Tamimi, 10, yang langsung tidak menghiraukan kehadiran dengan rejim tentera Zionis di depannya.
Malah dengan tanpa rasa takut, dia mencabar anggota tersebut termasuk MENUMBUK anggota-anggota tentera Israel yang lengkap bersenjatakan rifel automatik M-16.
Paling hebat, walaupun dikejutkan dengan balingan bom asap, Ahed tak hirau malah menjadi SEMAKIN GARANG!
Disebabkan keberaniannya itu, adik Ahed disambut bagi wira sewaktu dijemput untuk ke Turki baru-baru ini.
Ketika ditanya wartawan yang mengerumuninya, Ahed dengan tegas menjawab:

Tonton Video SINI

Terkini !!! Najib Ke Masjid Tabligh ???



Jamaah Tabligh pernah dihukum sesat oleh para pemimpin PAS kerana enggan berkompromi dengan ajaran PAS bahawa politik adalah agama dan agama adalah politik. Kerja-kerja agama bagi Jamaah Tabligh adalah berbeza sama sekali dengan kerja-kerja agama yang ditunjukkan oleh PAS. Jamaah Tabligh tidak berdakwah untuk mendapatkan kuasa, bahkan jauh sekali mencari kedudukan mahupun kekayaan. Sebalik dakwah Jamaah Tabligh adalah mempromosikan kehebatan Nabi s.a.w dan sunnah-sunnah baginda s.a.w, teladan daripada para Sahabat r.a, dan alim ulama yang berada di landasan serta jalan agama yang sebenar.

Manakala PAS pula, dakwah mereka adalah untuk mendapatkan kuasa. PAS berpendapat, apabila tiada kuasa, bermakna Islam tidak boleh berkuasa dan umat Islam pula akan tertindas.

Dalam Jamaah Tabligh, tidak ada matlamat menghalalkan cara sebaliknya dalam PAS pula, boleh melakukan apa-apa sahaja, hatta memaki hamun, menfitnah, mencaci maki dan sebagainya kononnya untuk mendapatkan kuasa. Bila dah dapat kuasa, maka barulah ajaran Islam sebenar akan diberikan perhatian.

PAS tidak pernah bersetuju dengan Jamaah Tabligh sehinggakan digelarkan ahli-ahli Jamaah Tabligh sebagai sesat, lagho dan berdakwah secara sia-sia. Apatah dakwah Tabligh kepada orang ramai, amat biasa dan amat asas iaitu mengajak umat Islam mendirikan solat secara berjemaah dan menekuni sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Masjid Seri Petaling merupakan markas utama Jamaah Tabligh Malaysia. Masjid itu turut menjadi tumpuan jemaah dari seluruh dunia. Masjid berkenaan sentiasa makmur dan sentiasa diimarahkan biarpun ramai yang membuat tohmahan kononnya masjid tersebut sebagai markas Taliban memandangkan kesemua anggota jemaah berserban, berjubah, bercelak dan berjanggut. Walhal jemaah Tabligh tidak pernah menjatuhkan hukum kepada mana-mana pihak sekalipun pihak berkenaan membuat pelbagai fitnah dan hukum terhadap Jemaah Tabligh.

Semalam, Najib Abdul Razak berjemaah di Masjid Seri Petaling dengan berimamkan Imam Besar Masjid Seri Petaling dan 500 orang jemaah. Itu bukan kali pertama Najib Abdul Razak bersama-sama Jemaah Tabligh.

Tiga tahun lalu, dalam perhimpunan Jamaah Tabligh Sedunia di Nilai, Najib Abdul Razak turut menyertainya dan mengumumkan kebenaran kawasan berkenaan untuk perkumpulan jemaah Tabligh bersama-sama Menteri Besar Negeri Sembilan. Perhimpunan di Nilai itu merupakan perhimpunan terbesar Jemaah Tabligh dari seluruh dunia.

Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz ketinggalan untuk menyertai, sekalipun mereka akhirnya terpaksa menebalkan muka menghadiri majlis tersebut kononnya untuk menunjukkan sokongan kepada Tabligh. Agak malang, sambutan kepada kedua-dua orang pembesar PAS itu jauh daripada meriah memandangkan kebanyakan anggota Jemaah Tabligh terutama sekali dari Malaysia amat maklum permusuhan Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap Pergerakan Tabligh.

Dan mujurlah anggota-anggota Jemaah Tabligh telah dididik dengan sikap-sikap tawadduk, sabar dan tenang selain latihan bertubi-tubi menahan amarah. Kalau tidak, sudah tentulah kedua-dua pemimpin PAS itu tak cukup muka dan tak cukup kaki untuk berhadapan dengan debat serta bahas dengan anggota jemaah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...