Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 1 April 2013

Terkini !!! Najib Ke Masjid Tabligh ???



Jamaah Tabligh pernah dihukum sesat oleh para pemimpin PAS kerana enggan berkompromi dengan ajaran PAS bahawa politik adalah agama dan agama adalah politik. Kerja-kerja agama bagi Jamaah Tabligh adalah berbeza sama sekali dengan kerja-kerja agama yang ditunjukkan oleh PAS. Jamaah Tabligh tidak berdakwah untuk mendapatkan kuasa, bahkan jauh sekali mencari kedudukan mahupun kekayaan. Sebalik dakwah Jamaah Tabligh adalah mempromosikan kehebatan Nabi s.a.w dan sunnah-sunnah baginda s.a.w, teladan daripada para Sahabat r.a, dan alim ulama yang berada di landasan serta jalan agama yang sebenar.

Manakala PAS pula, dakwah mereka adalah untuk mendapatkan kuasa. PAS berpendapat, apabila tiada kuasa, bermakna Islam tidak boleh berkuasa dan umat Islam pula akan tertindas.

Dalam Jamaah Tabligh, tidak ada matlamat menghalalkan cara sebaliknya dalam PAS pula, boleh melakukan apa-apa sahaja, hatta memaki hamun, menfitnah, mencaci maki dan sebagainya kononnya untuk mendapatkan kuasa. Bila dah dapat kuasa, maka barulah ajaran Islam sebenar akan diberikan perhatian.

PAS tidak pernah bersetuju dengan Jamaah Tabligh sehinggakan digelarkan ahli-ahli Jamaah Tabligh sebagai sesat, lagho dan berdakwah secara sia-sia. Apatah dakwah Tabligh kepada orang ramai, amat biasa dan amat asas iaitu mengajak umat Islam mendirikan solat secara berjemaah dan menekuni sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Masjid Seri Petaling merupakan markas utama Jamaah Tabligh Malaysia. Masjid itu turut menjadi tumpuan jemaah dari seluruh dunia. Masjid berkenaan sentiasa makmur dan sentiasa diimarahkan biarpun ramai yang membuat tohmahan kononnya masjid tersebut sebagai markas Taliban memandangkan kesemua anggota jemaah berserban, berjubah, bercelak dan berjanggut. Walhal jemaah Tabligh tidak pernah menjatuhkan hukum kepada mana-mana pihak sekalipun pihak berkenaan membuat pelbagai fitnah dan hukum terhadap Jemaah Tabligh.

Semalam, Najib Abdul Razak berjemaah di Masjid Seri Petaling dengan berimamkan Imam Besar Masjid Seri Petaling dan 500 orang jemaah. Itu bukan kali pertama Najib Abdul Razak bersama-sama Jemaah Tabligh.

Tiga tahun lalu, dalam perhimpunan Jamaah Tabligh Sedunia di Nilai, Najib Abdul Razak turut menyertainya dan mengumumkan kebenaran kawasan berkenaan untuk perkumpulan jemaah Tabligh bersama-sama Menteri Besar Negeri Sembilan. Perhimpunan di Nilai itu merupakan perhimpunan terbesar Jemaah Tabligh dari seluruh dunia.

Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz ketinggalan untuk menyertai, sekalipun mereka akhirnya terpaksa menebalkan muka menghadiri majlis tersebut kononnya untuk menunjukkan sokongan kepada Tabligh. Agak malang, sambutan kepada kedua-dua orang pembesar PAS itu jauh daripada meriah memandangkan kebanyakan anggota Jemaah Tabligh terutama sekali dari Malaysia amat maklum permusuhan Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap Pergerakan Tabligh.

Dan mujurlah anggota-anggota Jemaah Tabligh telah dididik dengan sikap-sikap tawadduk, sabar dan tenang selain latihan bertubi-tubi menahan amarah. Kalau tidak, sudah tentulah kedua-dua pemimpin PAS itu tak cukup muka dan tak cukup kaki untuk berhadapan dengan debat serta bahas dengan anggota jemaah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...