Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 9 April 2013

Gempar !!! CN Al-Afghani Terus Cabar PAS Isu Songlap Tabung Memali


Gua ada terbaca satu entri di Blog Flying Kick yang bertajuk C.N AFGHANI MENCABAR LAGI... PRU13 DAH HAMPIR, PAS TETAP SENGAP BAB TABUNG MEMALI!!!.Gua agak terperanjat dengan tulisan entri tersebut.Moh Baca wey yang dibawah ni sedikit ulasan dari blog Flying Kick

PAS telah songlap duit tabung MAMALI. Memang hampeh sungguh PAS. Dahlah tragedi MAMALI berpunca dari mereka yang telah mengeluarkan FATWA SONGSANG HAJI HADI, menipu pula kononnya PENGGANAS MAMALI sebagai syahid oleh itu jenazah mereka tidak di uruskan mengikut cara Islam. Yang lagi teruk PAS sesatkan pengikut dengan menabur minyak atar atas kubur jenazah untuk menipu dan menyesatkan pengikut.

Namun Zainon @ CM Afghani telah menggemparkan PAS apabila bekas ahli PAS seumur hidup itu secara terbuka mempersoalkan kepimpinan PAS mengenai kemana lesapnya wang tabung Memali.

Insiden Memali berlaku pada 19 november 1985, insiden berdarah di Memali berlaku di Kampung Memali, Baling menyaksikan pertempuran antara 200 anggota polis dengan 400 penduduk, yang didakwa pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Kejadian tersebut menyebabkan 14 orang awam dan empat anggota polis terkorban manakala 159 lagi ditahan dengan 36 antaranya dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kemudian PAS menubuhkan Tabung Memali yang dikatakan akan digunakan bagi membantu balu, isteri, dan anak-anak yang terjejas dengan insiden tersebut. Ke mana hilangnya dana tabung tersebut, namun persoalan itu masih dibiarkan terawang-awang tanpa jawapan.

Baca Lagi DI Flying Kick

Terkini !!! Kedudukan Terkini Ranking Blog Mesra Kerajaan

Slide1

Dari SUMBER  , Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 8 April 2013.

Klik Lagi Untuk Tengok Ranking.TQ SGB

Terkini !!! Ura-ura mengatakan Bloggers Sekupang dua bersetuju Bertanding Di PRU 13 ???

Gila Gempar wey. Dengar cerita ,yang terbaru ,ura-ura mengatakan yang Bloggers Sekupang Dua berkenan untuk bertanding di PRU 13 bagi menentang Nga Kor Ming setelah beliau melahirkan rasa ingin bertandingnya didalam perbualan di telefon sebentar tadi.

Keputusan ini dibuat dikhabarkan , Blogger Sekupang Dua berada dalam keadaan tekanan untuk bertanding atas desakkkan pelbagai pihak.

Katanya dalam telefon sebentar tadi " Saya merasakan mungkin dalam beberapa hari lagi saya akan berjumpa dengan peguam saya untuk meminta nasihat untuk bertanding di PRU 13 ini,Insyallah jika diberi peluang saya akan menentang beliau didalam PRU." katanya Lagi .


Terkini !!! Semua Pelajar Sekolah Mungkin Dibekal Komputer Riba Tahun Hadapan


20120308_muhyiddinKLANG, 8 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin berkata kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Beliau berkata perkara itu mesti dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian di Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri dengan warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di SJKT Simpang Lima di Taman Sri Andalas di sini.

Beliau berkata selain daripada peranan guru, kerajaan juga melihat kepentingan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pendidikan.

Muhyiddin berkata dalam merangka manifesto BN, satu perkara yang telah dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah supaya penguasaan ilmu menerusi teknologi mesti dijadikan satu perkara wajib.

Muhyiddin juga berkata semasa melakukan lawatan ke Amerika Syarikat tahun lepas, beliau telah melawat sebuah sekolah yang menyediakan komputer riba kepada pelajarnya untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Beliau juga berkata peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga penting untuk meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah termasuk SJKT.

“Sekarang ni kita berpendapat bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru mesti dimasuk ke dalam arus perdana pembangunan pendidikan negara dan tak boleh dilihat sebagai satu badan NGO di sekolah,” katanya.

Kerajaan akan memberikan sokongan moral dan material untuk membolehkan PIBG berjalan dengan lebih berkesan dalam membantu pendidikan negara, katanya.

Semasa melawat sebuah sekolah di Australia tiga tahun lepas, katanya, beliau dan rombongan telah disambut para ibu bapa dan bukannya pengetua sekolah itu dan dapat melihat ramai ibu bapa menjadi sukarelawan selain menjadi jurulatih di dalam program pembangunan sukan di sekolah itu.

Menyentuh mengenai pilihan raya umum tidak lama lagi, beliau berharap para guru membuat pertimbangan bijaksana dalam menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi demi masa depan negara dan kerjaya perguruan yang lebih cerah.

“Jangan berdiam diri, berkata tak apalah tak payah mengundi, Barisan Nasional mesti menang. Kalau ada sikap begitu kita takut… boleh kalah,” katanya.

Oleh itu beliau berkata kementerian mahu mereka menggunakan hak itu bagi menentukan masa depan mereka yang cemerlang dan gemilang.

Muhyiddin berkata kerajaan akan terus membantu SJKT di seluruh negara yang memerlukan tambahan prasarana seperti bilik darjah dan komputer.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperincikan di dalam manifesto BN untuk menjadikan kerjaya guru profesion dihormati dengan masa depan yang lebih baik, katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

– BERNAMA

Gempar !!! Satu Rombongan Misi Merisik Bloggers Sekupang Dua Supaya Bertanding PRU 13 !!!

Info yang terbaru Anak Jati Malaya terima tadi,teman ada dapat info mengatakan ada satu rombongan mengatakan mereka telah datang menghadirkan untuk Bertemu Bloggers Sekupang dua untuk memujuk supaya beliau bertanding menentang Ko Ming di Kerusi yang di pertandingkannya

Menurut Info lagi,dipercayai sehingga jam Ini ,Sekupang dua masih belum memberi respon tentag desakkan tetapi rakan bloggers yang lain terus mendesak agar Bloggers Sekupang Dua Bertangding untuk melawan Ko Ming 

DIdalam pertemuan sulit yang berlangsung selama 30 minit itu,rombongan yang hadir mendesak agar bloggers Sekupang Dua bertanding melawan Ko Meng .

Bloggers yang lain didalam rombongan sebentar tadi sanggup membantu Bloggers Sekupang Dua didalam jelajahnya untuk melawan musuh .

Dikhabarkan Bloggers Sekupang Dua bersetuju untuk berentap tetapi sehingga saat ini masih samar-samar lagi keputusannya untuk bertanding PRU 13. 

Apa-apa pon yang terjadi bloggers PCT akan sentiasa memberi sokongan Pada Blogger Sekupang Dua untuk bertanding menentang Nga Ko Ming .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...