Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 12 April 2013

Gampang Betulll !!! Islam Di Hina Disebabkan Undi !!!


Jangan cube bermain api perkauman lar wahai sial bangsat.Kau ingat kau sapa ?

Adakah ini yang kita mahukan? Adakah Ini yang dinamakan kebebasan bersuara?
Woi Daniel Khoo!!! SPR buka pendaftaran pengundi sepanjang tahun beb!!!

Bukan alasan pendaftaran ditutup.
Lu mau kempen saper wa takde hal!!
Tapi lu hina agama GUA BEB!!!
Lu kena Ingat,
ISLAM BUKAN AGAMA HANYA UNTUK UMNO BN
ISLAM AGAMA UNIVERSAL
UNTUK SEMUA!!!

Lu Jangan Cari Pasal!!

SUMBER

Ritual Ngeri Berguling Atas Katil Berduri (9 Foto) !!!


Ritual Ngeri Berguling Atas Katil Berduri
Bagi orang Islam, melakukan sesuatu yang boleh membahayakan, mencederakan dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sendiri adadalah ditegah sama sekali. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195;
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Aksi seperti berguling di atas katil duri di China seperti dalam gambar ini merupakan amalan ritual (keagamaan) di China.

Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas satu hamparan yang di penuhi dengan duri. Kegiatan ini sangat terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China. Menggerikan sungguh duri yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.
Ritual Ngeri Berguling Atas Katil Berduri
Ini adalah merupakan kegiatan ritual tradisional masyarakat barat Guangdong China. Menurut weibo.com dimana, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan kampung menjadi lebih baik.

Ritual tradisional ini dilakukan dengan cara memasang duri di alas yang menyerupai tempat tidur dan para 'korban suci' berguling di atasnya dengan hanya berseluar pendek.

Terkini !!! Senjata Api Disorokkan Lagi Di Lahad Datu !!!

FotoLahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.

Terkini !!! 2 Askar Maut Terlibat Letupan Bom !!!






Dua orang anggota tentera terbunuh, manakala enam lagi pengawai keselamatan cedera dalam satu letupan di tepi jalan di wilayah selatan Thailand, malam tadi.

Pegawai polis, Kolonel Manit Yimsai berkata, beberapa suspek disyaki anggota kumpulan pemisah meletupkan sebutir bom yang diletakkan di permukaan jalan di daerah Panarae, Pattani.

Katanya, ketika kejadian, kumpulan tentera tersebut sedang menaiki dua kereta perisai untuk meninjau lokasi satu lagi kejadian letupan di kawasan itu.

Manit berkata, seorang daripada pegawai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Serangan tersebut merupakan satu daripada 36 insiden letupan yang berlaku di Pattani, malam tadi.

Pihak berkuasa berkata, anggota pemisah turut membakar tayar-tayar, menara pemancar telekomunikasi, pondok telefon, bangunan serta kamera litar tertutup (CCTV). - AGENSI

PANAS !!! Gadis 14 tahun Dirogol Bergilir Setelah Bergaduh Dengan Kakak Angkat

Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.

Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.

“Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar.

“Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.

“Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.

“Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.

“Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.

“Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.

“Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...