Bagi orang Islam, melakukan sesuatu yang boleh membahayakan, mencederakan dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sendiri adadalah ditegah sama sekali. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195;
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.Aksi seperti berguling di atas katil duri di China seperti dalam gambar ini merupakan amalan ritual (keagamaan) di China.
Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas satu hamparan yang di penuhi dengan duri. Kegiatan ini sangat terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China. Menggerikan sungguh duri yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.
Ritual tradisional ini dilakukan dengan cara memasang duri di alas yang menyerupai tempat tidur dan para 'korban suci' berguling di atasnya dengan hanya berseluar pendek.
No comments:
Post a Comment