Tersebarnya video klip mirip Stopa dengan seorang wanita mendedahkan betapa kotornya politik haprak pakatan,Kita juga sedia maklum,Stopa juga adalah salah seorang yang mempelopori penyatuan Umno dan PAS,beliau sebaris dengan Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali.
Pisau pernah minum bersama Stopa di Kuching tidak lama dahulu ,perbualan singkat kami ketika itu hanya berkisar perancangan PAS dan kesungguhan beliau untuk membawa perubahan didalam PAS untuk penyatuan bersama Umno.
Menurut sumber pendedahan ini adalah rentetan daripada tindakan Stopa yang menjadi batu penghalang kepada PKR untuk mendapatkan beberapa kerusi di Terengganu.Baru baru ini Saifudin Nasution telah mengingatkan bahawa beliau sendiri pernah menonton video beberapa pemimpin pakatan. Sedangkan dalam pengetahuan Pisau dikalangan komuniti blogger memang mereka tidak tahu menahu akan kewujudan beberapa video seperti mana yang dimaksudkan oleh Saifudin.
Adakah Saifudin dan PKR sendiri yang menghasilkan video musuh politik mereka?PAS sekarang ini dilihat tidak konsisten dan banyak menyusahkan pakatan diantara PKR dan DAP. Pemimpin yang dilihat menjadi ancaman kepada agenda PKR dan DAP akan dibunuh kareer politik mereka.
Video Azmin,Khalid Ibrahim,Anwar dan juga Eli Wong kesemuanya dihasilkan sendiri oleh musuh dalam pakatan sendiri,begitu juga pendedahan penyelewengan dan juga salah guna kuasa Nik Nazmi,video tersebut juga dirakam oleh orang dalam.Apabila rakaman dibuat pihak yang paling layak untuk membunuh musuh politik pemimpin pakatan adalah Umno dan BN. Maka mereka sudah ada pihak yang boleh di kambing hitamkan.
Khabarnya video Stopa diedar oleh ahli AMK dan perkara itu masih dalam siasatan,kem pembangkang sehingga sekarang diam membisu kerana tidak mampu untuk mempertahankan Stopa apabila klip video tersebut juga merakamkan suara dan juga cukup jelas.
Baca Lagi SINI
No comments:
Post a Comment