Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 20 April 2013

Papa Gomo Tak Abis Bising-Bising kan !!! Apa Hal Ni ???

Kenyataan media Papagomo..Sokong Dr Mazlan dan bantu kempen..

 
SAYA mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.
Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu  mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu  dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.

Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.
Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap  Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. 

Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.
 
Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.
.

Dulu Kuat Membangkang !!! Sekarang entah le Malas Nak Ngabo !!!

KUALA LUMPUR: Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf pada Khamis menjalin satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy meminta masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya umum nanti.

Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.

Mou digelar ‘Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India’ ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Waythamoorthy.

Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era baru dalam hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.

“Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk sama seperti ‘Arab Spring’ menjadi ‘Arab Winter’,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara. Najib berkata masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.

“Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia dan ini termasuk penduduk kaum India. “Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum India akan dilaksanakan. -BERNAMA

Sebab Terlampau Cerodik !!! Ini Lah Jadi Yop??? Apa Yang Jadinya,Ce baca Sini !!!

Pembangkang banyak mengusik sentimen sensitif dan boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Ini adalah 'trade mark' biasa pembangkang yang nyata gemar menimbulkan kekecohan. Antara sentimen yang disebarkan oleh pembangkang adalah untuk menukar bendera negara. 
Mereka ingin menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang menyerupainya bendera Singapura. Bagi mereka yang boleh berfikir jauh dan mendalami sejarah, sudah pasti kita tak tahu apa sebenarnya silap pada bendera kita. Bendera Jalur Gemilang sudah cukup membanggakan rakyat kita. 
Tetapi, inilah keburukan perangai Pakatan Rakyat. Tindakan pemimpin DAP M. Manoharan menghina jalur gemilang telah membangkitkan sentimen anti-Jalur Gemilang dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Sudah pasti ini mengusik sentimen kenegaraan bagi mereka yang kurang mendalami sejarah. 
Sebab itu, ilmu sangat penting dan cara untuk kita menelusuri sejarah ialah dengan mengkaji sejarah Malaysia. Tetapi, disebabkan perkara ini dibangkitkan, Jalur Gemilang dipertikaikan. Najwan Halimi, timbalan ketua penerangan AMK juga lantang mahukan Jalur Gemilang ditukar kepada Sang Saka Malaya. 

Antara alasan yang diberi ialah Jalur Gemilang menyerupai bendera Amerika Syarikat, dan ia kononnya melambangkan penguasaan UMNO & BN di negara ini. Ini semua merupakan alasan mereka untuk meraih sokongan rakyat dengan membuatkan mereka terfikir bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan hak negara. 
Malah Tun Mahathir sebelum ini ketika pernah berkata tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik. "Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya sebelum ini. 
Atas faktor itu juga, masyarakat pembangkang juga dilihat menunjukkan sikap kurang semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang biarpun dalam bulan kemerdekaan berpunca. Ia berpunca daripada kempen politik kebencian yang diamalkan oleh mereka parti pembangkang. Tetapi, tanpa disedari, ini adalah satu punca kepada tergadainya maruah negara dan juga kedaulatan Malaysia. 
Bangkitlah wahai rakyat, sedarlah jangan sampai dipermainkan mereka yang beragenda tersendiri. Mereka tidak akan rugi apa-apa, sebaliknya mereka mendapat ganjaran disebalik hancurnya perpaduan negara. Jadi, kita lah yang bertanggungjawab mempertahankan hak negara dan memelihara kedaulatannya.

Panas!!!! SUASANA TERKINI DI PUSAT PENAMAAN CALON BATU GAJAH

PANAS !!! Apa Deme Buat Ni? Tonton Video 18 Sx ek !!!


Tadi gua sempat membelekblog membe gua iaitu Apple Biru,Didalam entri beliau yang bertajuk HANGAT! Pak Lebai PAS Tonton Video Lucah! Gua pon agak terkejut sebenarnya dengan pendedahan beliau nak tahu kisah selanjutnya boleh Klik pada link yang teman bagi tu .Heee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...