Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 21 August 2013

PAS TERKANTOI LAGI !!! BENARKAH !!!



Perancangan seorang aktivis PAS mahu menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu pada 2030 adalah satu agenda subversif pengkhinatan kepada perlembagaan negara.

Adakah kepimpinan PAS sedar aktiviti subversif ini atau memang PAS mengalakkanya menjadi persoalan.

Kepimpinan PAS perlu tampil memberi penjelasan.

Hari ini anak muda Melayu Islam sendiri yang berpendidikan agama dan aktivis parti Islam sendiri bukan dari anak muda Cina, bukan anak muda India bahkan bukan anak muda Orang Asli yang mahu menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu.

Sebelum ini Mursyidul Am PAS Nik Aziz begitu takut dengan sosialisme, malah menganggapnya sama dengan komunisme.

Namun, realitinya anasir-anasir sosialisme telah pun mula meresapi PAS tanpa disedari oleh Nik Aziz.

Gerakan kearah negara republik telah digerakkan melalui seorang bergelar Ustaz Wan Ji.

Melihat karekter dan tuturkata Wan Ji, kelihatan yang ia lebih sosialis berbanding Islamis.

Pihak berkuasa terutama KDN perlu memantau kegiatan pengkianatan kepada negara ini.

Dibimbangi akan ada banyak lagi kumpulan-kumpulan kecil begini yang terpengaruh dengan ideologi sonsang ini.

Adakah ini sememangnya agenda Pakatan Rakyat yang tersirat? -Tok Guru.

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT YB KJ !!! KENAPA ???


Semalam negara di gemparkan dengan berita Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Hari ini melalui twitternya Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan malaysia telah bersama-sama dengan rakyat marhean telah menyatakan tidak setujunya cara zalim dan menindas rakyat yang diilhamkan oleh Idris Jusoh.


Tweetnya berbunyi....Pemuda UMNO tidak setuju peminjam PTPTN disenaraikan dlm CCRIS. PTPTN tidak sama dgn pinjaman bank untuk kereta/rumah. Jgn beban graduan. - 

PANAS BETUL !!! KINI AzWAN BRO PLAK KANTOI BESAR !!!


Kenalkah pembaca dengan empunya gambar di atas? Saya berani katakan ramai dari kalangan kita tidak mengenali beliau, terutama diperingkat akar umbi dalam Pemuda UMNO Malaysia. Untuk makluman pembaca beliau adalah Khairul Azwan Bin Dato` Harun iaitu salah seorang exco di dalam barisan Pemuda UMNO Malaysia.


Bila kita sebut exco Pemuda UMNO Malaysia, kita hanya terfikir beberapa nama sahaja dan nama-nama popular tersebut ialah Tun Faisal, Lokman Adam, Tengku Azman, dan Sohaimi Shahadan, saya sekadar menyebut beberapa nama yang popular, jarang sekali kita mendengar cerita mengenai saudara Khairul Azwan bukan?



Kita ketepikan sekejap nama-nama popular dalam barisan exco Pemuda UMNO, kita lihat apa pencapaian yang dilakukan oleh saudara Khairul Azwan pemuda berusia 34 tahun setakat ini. Lalu saya melakukan beberapa kaji selidik terhadap beliau.



Dalam usia yang muda beliau diberikan beberapa amanah penting di Perak, antara jawatan yang di sandangnya kini adalah Bendahari Bola Sepak Perak serta bertindak sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak malah beliau juga merupakan salah seorang CEO di dalam Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.



Beliau juga seorang yang prihatin apabila menaikkan Akademi Pemuda yang terdiri daripada 15 orang pekerja sukarela yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik serta profesional muda dan para belia. Antara misi adalah bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.




Akademi Pemuda yang digerakkan beliau juga menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Melalui platform ini juga beliau menggerakkan beberapa kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim di sekitar negeri Perak.

Baca Lagi SINI

Tuesday, 20 August 2013

PANAS !!! PELAKON ADI PUTRA MENINGGAL DI HOSPITAL INDONESIA ???

Pelakon popular Adi Putra, 32, dimasukkan ke hospital hari ini berpunca daripada bebanan kerja dan kurang istirehat.

Pelakon dan pengarah filem Suami Aku Ustaz itu bukan dimasukkan ke hospital tempatan tetapi sedang menjalani rawatan di salah sebuah
hospital di Surabaya, Indonesia.

Menurut Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul, pelakon tersebut berada
di sana bagi menjalani klip video untuk lagu yang bakal dimuatkan dalam
filem Suami Aku Ustaz.

"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku
sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz.

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya
hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," kata presiden kelab peminat
pelakon itu kepada Utusan Online hari ini.

Turut berada di sisi Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim
adalah isterinya, Zuhaidah Yusof, 38.

PANAS !!! ANWAR KANTOI LAGI ??? BETUL KEW??



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain "sandiwara" demi kelangsungan politiknya yang kian lemah.

Beliau berkata Anwar cuba memanipulasi keadaan demi kepentingan dirinya selepas gagal menjadi perdana menteri.

"Beliau (Anwar) kini memikirkan kerajaan perpaduan dan mengenepikan rakan-rakannya dalam Pakatan. Beliau hanya berminat akan kuasa politik untuk dirinya sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Likas, dekat sini malam tadi.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin-pemimpin negeri.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri diminta mengulas kenyataan Anwar baru-baru ini mengenai perkara itu.

Anwar dipetik sebagai mengesahkan kononnya beliau menerima tawaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kerajaan perpaduan".

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, dalam kenyataan pada Jumaat menafikan wujud perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan antara Najib dan ketua pembangkang itu.

Menurut kenyataan itu, sebarang bentuk perbincangan tidak akan berlaku selagi Anwar dan pembangkang terus menolak dan mempersoalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Salleh berkata Barisan Nasional (BN) pastinya tidak berminat dengan Anwar, menyatakan "kerajaan perpaduan tidak timbul langsung".
"Beliau (Anwar) mencuba nasibnya. BN sebuah organisasi matang dan Najib seorang ahli politik yang 'very gentleman' (amat budiman).

"Kita semua boleh bekerjasama untuk membangunkan negara tanpa mengira fahaman politik kita," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...