Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 12 November 2012

~Dakyah Kristian teramat mudah disanggah ~



Kristianisasi ke atas orang Melayu tidak akan mendapat sokongan sekiranya ibu bapa tahu peranan mereka ke atas anak-anak mereka. Teman sendiri bersekolah di sekolah-sekolah berpengaruh mubaligh La Salle selama 9 tahun dan sejak berusia 10 tahun lagi, teman telah terbaca ayat-ayat seperti 'Yesus Kristus, Ruhul Kudus, Allah Tuhan Bapa' pada lagu-lagu Kristian berbahasa Melayu yang dicetak berbelas-belas tahun sebelum itu. Terbaca. 

Tetapi, bagaimanakah misi Kristianisasi umat Melayu pada ketika itu tidak mendapat sambutan seperti hari ini? Di Sekolah Rendah La Salle Canning Garden Ipoh misalnya, pengamatan teman dari tahun 1985 hingga tahun 1990 , pada perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Anthony akan membaca doa mengikut upacara Kristian dan murid-murid akan ikut sama mengulangi lafaz-lafaz Cikgu Anthony yang menggenggam dua tangan ke dada dengan bacaan " Oh God, I thank You, for my life, you give me today, bla bla bla bla.. Amen". Kami tidak menggenggam dua tangan ke dada kerana mengetahui itu adalah perbuatan orang Kristian. Tiada paksaan untuk itu.

Minggu berikutnya, satu-satunya guru agama Islam, Puan Hawa Asiah, akan mengetuai bacaan doa dengan menadah tangan dan doanya lebih kurang begini " Ya Allah, berilah keberkatan Mu kepada kami, bagi memudahkan kami, bla bla bla bla bla.. Amin". Saat kami menadah tangan bersama Puan Hawa, ramai juga murid bukan Islam yang tidak menadah tangan, mengetahui itu adalah upacara Islam.

Ya, oleh kerana semuanya adalah kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, doa-doa ini dilafaz dan diikut oleh murid-murid tanpa sedikitpun ada rasa percanggahan. Jika itu berlaku hari ini, pasti akan menjadi isu besar.

Tetapi, di rumah, teman dikisahkan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama rakyat, juga emak teman tentang nabi-nabi. Teman juga suka membaca kisah-kisah nabi di perpustakaan. Dengan mengenal nabi-nabi terdahulu sahajalah, kita akan dapat memahami pegangan kita sendiri. Kata tok guru teman, kita akan lebih sayangkan Islam selepas kita kenal apa itu Kristian dan Yahudi!

Hasilnya, hari ini, jika ada yang mengajak teman masuk Kristian dengan alasan itu sahaja jalan yang terbaik untuk diselamatkan di akhir zaman, pasti teman menyebut, Nabi Isa akan datang untuk memberitahu bahawa dia tidak mencipta apa-apa agama! Kerana dia hanyalah salah satu nabi untuk umat Yahudi pada masa lalu.

Jika hendak diselamatkan, pastilah Nabi Isa akan menyelamatkan pemikiran mereka para penganut agama yang tak pernah wujud yang kekhilafan tentang status Nabi Isa itu sendiri, dan memperbetulkannya!

Pastilah teman akan mengatakan bahawa, ketahuilah, hanya di dalam al-Quran sahaja Allah menyebut tentang agama yang telah siap iaitu Islam. Kristian sebagai agama tidak disebut di dalam Injil dan Yahudi sebagai agama tidak disebut dalam Zabur dan Taurat. Malah dunia mengetahui, Yahudi itu bukanlah agama. Mereka sekadar disebut ahli Kitab.

Terlalu mudah untuk melawan para pendakyah Kristian ini sekiranya pengetahuan agama dilombong secukupnya  kerana kebenaran anutan Islam ini terlalu jelas.

Malangnya, sesetengah ibu bapa, saat ditanya oleh anak-anak mereka mengenai agama lain, maka akan diherdik pula anak itu dengan "jangan dok tanya pasal agama kafir lah". Mungkin sang ibu bapa sendiri yang tak berapa berilmu.

Sesetengah orang Islam pula akan menghina orang Islam lain yang menjengah kitab-kitab Injil palsu hari ini dan apabila Psalm (Zabur) dan Torah (Taurat) dibelek, disindir-sindir pula.

Memang kita perlu membaca dan memahami Al-Quran kerana ia adalah kitab penutup yang melengkapi semua kitab-kitab yang wajib kita ketahui yang telah diturunkan dalam tempoh 2,000 tahun antara zaman Nabi Musa hingga ke Nabi Muhammad.

Tetapi, umat Islam yang kuat ialah umat Islam yang mendaulatkan al-Quran dengan menyebarkan kepada para penganut Islam lain tentang sudut-sudut pemalsuan yang telah dibuat oleh pengikut-pengikut Nabi Isa ketika mereka berusaha menubuhkan fahaman Kristian.

Pernahkah ceramah agama di masjid-masjid, surau-surau di sepelusuk tanah air tercinta ini mengetengahkan hal-hal sebegini sebagai ramuan penambah kekukuhan iman umat Islam? 

Wednesday, 7 November 2012

~GEMPAR!!!NENEK PERKASA~


Nenek Perkasa
Nenek Perkasa - TUMPAT : Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun layak digelar ‘nenek perkasa’ apabila masih mampu mengangkat 10 tong gas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan berulang-alik mengemudi sendiri bot enjin sangkut miliknya dari kediamannya yang dijadikan kedai runcit di Pulau Teluk Ranjuna ke Pengkalan Kok Majid, di sini.
Dengan berbaju kurung dan berkain batik, malah bertubuh kecil, Nik Haripah Othman mengemudi bot untuk 10 minit perjalanan demi mencari rezeki halal bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain wang dikirim tujuh anaknya.
Nik Haripah yang mempunyai 10 cucu berkata, dia melakukan pekerjaan itu sejak enam tahun lalu tanpa kekok dan mengakui sihat tanpa sebarang penyakit sehingga kini.
“Tiada apa rahsia diamalkan sehingga saya mampu melakukan pekerjaan itu walaupun berusia 63 tahun. Mungkin sepanjang hidup saya sering makan nasi bersama ulam-ulaman.
“Walaupun ada yang bimbang melihat saya mengemudi bot dengan muatan tong gas, saya sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan dimurahkan rezeki sebelum mengemudi bot. Saya berserah kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, selain gas yang dijual mendapat permintaan daripada penduduk pulau berdekatan, dia membekalkan gas ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, di sini dengan keuntungan RM2.50 bagi setiap tong.
“Memang anak saya menyuruh berhenti melakukan kerja ini kerana bimbang keselamatan saya, tetapi saya minat berniaga dan masih ada tenaga bekerja.
Nenek Perkasa
“Lagi pun suami menghidap asma dan tidak boleh melakukan kerja berat. Sekurang-kurangnya, pendapatan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian,” katanya yang menjaga ibunya, Nik Mariam Nik Hasan, 90, yang uzur.
Nik Haripah berkata, dia pernah berdepan detik cemas apabila tong gas diangkat jatuh ke dalam sungai.
“Dengan doa dan pengalaman dimiliki membuatkan saya terus melakukan pekerjaan ini sehinggalah saya tidak mampu melakukannya.
“Apapun saya berharap ada pihak sudi membantu saya membesarkan perniagaan,” katanya. – Metro

hahah...mesti pikir bukan2 kan...kih kih .

Tuesday, 6 November 2012

~HANGIT!!!AL ARQAM: JAIS DAKWA PEMIMPIN PKR DAN 15 YANG LAIN!!!~




SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Baharon ada hubungan dengan Al-Arqam, yang diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Badrolamin ditahan, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis tersebut.

Menurutnya seramai 16 orang telah ditahan termasuk Badrolamin di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Laporan sebelum ini menyebut bekas pengikut kumpulan al-Arqam cuba menghidupkan gerakan itu dengan berselindung di bawah nama Global Ikhwan, satu rangkaian perniagaan.

Mereka ditahan dalam satu operasi malam Khamis lalu.

Majlis Khamis dihadiri sekitar 3,500 orang.

Tambahnya, "kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrolamin yang kita telah ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari yang sama.

"Setelah itu mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.

"Kita tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam (yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah syarikat Al-Ikhwan," katanya kepada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk "Abuya terus memimpin walaupun ghaib" telah menunjukkan kesalahan dari segi syariah.

Katanya, tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995.

Antara aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan "Abuya terus memimpin walaupun ghaib", ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang dikaitkan al-Arqam.

Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon.

"Hasil daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka.

"Masyarakat patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat yang menerbitkannya," katanya lagi. - Sinar

~ Zul Nordin Cabar PAS Bidas Nurul Izzah.~


alt

KUALA LUMPUR 5 Nov - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mencabar PAS menentang pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di sebuah laman portal berbahasa Inggeris mengenai hak kebebasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam baru-baru ini.

Bekas Pemimpin PKR itu mempersoal pendirian PAS yang dahulu menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ketika beliau mengetuai bantahan cadangan penubuhan IFC satu masa dahulu.

"Disini saya ingin mengambil kesempatan iaitu mempersoal dimana pendirian PAS kerana semasa IFC dicadangkan dahulu oleh Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), PAS mengambil sikap yang sangat keras termasuk saya yang mengetuai bantahan itu sehingga ahli PAS yang menyokong penubuhan itu diheret ke makhamah lalu dijatuhkan hukuman.

"Adakah pendirian PAS sama iaitu menentang IFC sekarang bermakna mereka (PAS) mestilah menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan kenyataan Nurul Izzah mempunyai persamaan yang ketara dengan Majlis Peguam dengan sokongan badan NGO dalam satu usaha untuk menubuhkan IFC.

"Pandangan Nurul Izzah sama seperti pandangan Majlis Peguam dan badan NGO lain yang mahu menubuhkan IFC yang mana matlamat utama IFC iaitu beri hak kebebasan memilih hak agama termasuk untuk orang Islam.

"Bagi saya, orang Melayu boleh menukar agamanya daripada agama Islam kepada lain, sama kesannya dengan menghapuskan bangsanya sendiri"ujarnya.

Terdahulu, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.

sumber:
http://klpos.com/politik/24482-kebebasan-beragama-tidak-terhad-zul-nordin-cabar-pas-bidas-nurul-izzah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...