Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 18 December 2012

~HOT!!!GADIS-Gadis minum ayor kencing syaitan~


Assalammualaikum,
 Mungkin kita semua dah biasa pun tengok gambar-gambar kat bawah ni.
Tapi inilah realiti kehidupan atas nama kemajuan dan kemodenan, maka anak-anak gadis kita hanyut dalam khayalan.
Banyak lagi perkara-perkara yang amat-amat memalukan berlaku di luar sana. 
Kita hanya mampu melihat mereka tanpa dapat melaku kan apa-apa tindak kan yang dapat menyedarkan mereka ini dari terus hanyut.
Gadis-gadis ini mungkin anak-anak kita, adik-adik atau siapa pun, mereka ini... HARUS DI SELAMAT KAN.. 



bangga sangat dpt minum ayor kencing syaiton...masyallah apa nak jadi...


Begitu berbangga nya mereka-mereka ini menikmati kelazatan air kencing setan tu, tidak kah mereka merasa malu dan kesian kepada diri mereka sendiri. 
Tidak kah mereka terfikir tentang mak ayah mereka. 
Di saat-saat tengah gembira macam ni,mana nak fikir tu semua kan. Kalau lah ketika ini malaikat maut datang mencabut nyawa mereka. Sudah terlambat bagi mereka untuk kembali...
  wasalam..

~HOT!!!!Maria Farida Join Super GT..WOOOOOWWW~

maria farida

wooowwww....Di bawah terik matahari, hot mom Maria Farida menyerlah dengan baju merah membaranya ketika Super GT di Sepang International Circuit baru-baru ini. Pasti ramai gadis-gadis litar yang cemburu dengan keanggunan Maria Farida yang pastinya mencuri tumpuan ketika itu. Ke”vogue”an Maria Farida memang sangat jelas terserlah.

lagi gambar disini


~Subhanallah!! | Lelaki dengan wajah bercahaya dirakamkan di dalam Masjid Nabawi~


alangkah indahnya hidup ini,andai dapat kucium tangan mu...alangkah indahnya hidup ini berada di pangkuanmu..klip video yang anak jati paparkan ini adalah ingin menunjuk pada semua penonton kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.

gerun jgk tengok video ni...

Monday, 17 December 2012

~PANAS !!! TOLAK NAJIB NOK MUHYIDDIN??? PELEKAT BERSEPAH MERATA TEMPAT??~


Pelekat

Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

~WAJIB BACA!!2 BESEN DIBUANG SEBAB UMNO!!~



"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.

Itulah kata-kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti UMNO dan PAS tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam.  Teman bersetuju dengan ustaz.  Cuma ahli-ahli PAS terlalu taksub hingga melupakan agama Islam sebagai tunggak perpaduan sesama umat.  Taksub hingga boleh mengkafirkan sesama Islam itu sendiri.  Teman pikio deme ni dah sesat sampai boleh deme kata Nik Aziz tu nabi pulak.  Tak ke sesat tu!  Lepaih tu, boleh doa-doa sesama Islam KO KO..  Lepaih tu boleh pulak keluarkan fatwa yang bukan-bukan.  Allah akan tunjukkan kebenarannya ustaz.  Ustaz teruskan perjuangan untuk menyatukan umat Islam di Malaysia.  Teman sokong 1000000000 peratus.

Teman harap kome baca kata-kata Mufti Perak ni kat bawah:

"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," Tan Sri Harussani Zakaria.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...