Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 6 February 2013

BN menang beso 2013


Pensyarah Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa En Md Shukri Shuib melihat kebangkitan gelombang merah sekarang ini lebih menguasai senario sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional..Beliau berkata sokongan dan sambutan dari golongan muda dalam program program anjuran Barisan Nasional.

Beliau juga yakin Barisan Nasional mampu menang pada PRU13 khususnya di Kedah dimana sekarang ini pentadbiran dalaman Pas juga makin berpecah..

SUMBER

Orang Melayu ada hak ??

wpid-images-45

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas pihak pembangkang khususnya DAP yang seringkali menimbulkan hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu. Katanya, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

Saya melihat situasi ini seolah-olah mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk ‘entrenched’,” katanya - Umno Online.

Jelasnya lagi, Artikel 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub.

“Oleh itu ia tidak boleh dicabar atau dibincangkan sekalipun, malah tidak boleh dicela atau dicaci oleh mana-mana pihak,” tegasnya merujuk berkenaan DAP dan juga beberapa kumpulan-kumpulan pendesak yang kebanyakannya bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dalam beberapa perkara.

Lagi DISINI

Pertubuhan belia akan di bubarkan??



Sebanyak 80 peratus atau 3,796 daripada lebih 4,000 pertubuhan belia tunggal di negara ini berpotensi untuk digantung atau dibatalkan kerana tidak aktif, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, mereka yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan belia yang lebih kukuh misalnya di bawah Majlis Belia Malaysia, turut gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Menurutnya, kebanyakan pertubuhan itu berkemungkinan ditubuhkan kerana ingin mengikut trend tanpa matlamat tertentu atau berharap untuk mendapat peruntukan secara automatik.

"Sebab itu kita rasa persatuan belia ini mesti mengemaskinikan kaedah-kaedah mereka secara inovatif dan dalam masa yang sama mereka juga mesti mengembangkan bukan sahaja nama mereka tetapi penjenamaan nama mereka mesti dibesarkan dan dikemaskini tujuannya (penubuhan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, antara faktor yang menentukan kejayaan penubuhan sesuatu pertubuhan itu ialah pentadbiran, kepimpinan, wawasan, perancangan, pembahagian tugas, peruntukan kewangan, sokongan masyarakat dan semangat kesukarelawan.

Beliau menyerahkan cek bantuan pentadbiran bernilai RM10.1 juta kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bagi tahun ini.

Daripada jumlah itu, enam badan beruniform yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia buat kali pertama mendapat peruntukan daripada kementerian dengan jumlah keseluruhan RM180,000.

Peruntukan diberikan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan lebih proaktif untuk membentuk belia Malaysia agar lebih berdaya saing.

Haramjadah Punya Umeno


Tadi sempat menyinggah blog yang di kata paling hebat antara blogger UMNO.Mahu tak nya tergelak jugak lar baca satu entri di blog boodak Benteng iaitu entri yang bertajuk Babi Haramjadah Punya Umno.

Dalam entrinya beliau menceritakan watak man yang tetiba menyergah beliau dengan kejian seperti beliau.Ini berpunca selepas apabila Man Bertempit,antara kata-kata yang diambil dari sumber "Man dalam keadaan tak reda marahnya lagi terus bertempik. Ini semua babi anak haram umno haramjadah punya pasal. Aku tadi kena saman dengan polis pasal roadtax aku mati. Aku baru je dapat duit hasil tolong kawan aku dipasar borong subuh tadi. Cadangnya dengan duit tu la aku nak renew roadtax keter aku bila pejabat insuran bukak pukul 9 karang. Abis kalau dah kena saman macamana aku nak renew insuran dan roadtax aku tu. tentu le aku kena bayar saman dulu baru boleh renew semua kejadah tu, tempik si man lagi.

Hah kalau mengkome nak tahu kisah seterusnya boleh KLIK Tajuk Yang ini . Ini tajuknya Babi Haramjadah Punya Umno

Usaha Keras Konfom dapat?


Teng Chang Yeow

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik.

"BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.

"Ketika ini banyak projek pembangunan yang dirancang di bawah agensi atau jabatan kerajaan persekutuan berdepan dengan pelbagai halangan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri, oleh itu berilah BN peluang untuk mentadbir kembali Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi.

Turut sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Naib Presiden MCA yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Chang Yeow, 48, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri dan dilantik memegang jawatan pengerusi BN negeri tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Muhyiddin menegaskan segala pencangan yang telah dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah program transformasi mencapai kejayaan yang membanggakan dan faedahnya dikongsi bersama dengan rakyat.

SINAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...