Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 23 February 2013

Buku dasar kerajaan yang tidak dijual dikedai runcit??

Masih kah kau ingat


Anak Jati Rasa buku ini bagus dibaca oleh semua rakyat Malaysia agar korang semua tahu apa yang dibuat dek kerajaan harini, jangan duk taksub dengan dakyah pembangkang yang tak pernah membuktikan mereka boleh memerintah, lihatlah mereka hari ini sesama sendiri pun bercakar "macam anjing dengan babi berebut tuan"

Ugutan pada penyokong parti?


"Nak tengok sejauh mana keikhlasan tuan-puan, hok (sesiapa) buleh pitih (duit) BR1M kito pakat bui (bagi) kok (kepada) PAS pulok"

Itulah yang diminta oleh seorang penceramah PAS ketika siri ceramah mereka yang dibuat di sekitar Pantai Cahaya Bulan, yang turut dihadiri oleh Mat Sabu. Dalam ceramah tersebut, penceramah tersebut meminta ahli PAS yang dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menyumbang duit tersebut kepada tabung PAS yang dilancarkan oleh jentera PAS cawangan Semut Api.

Video Penuh:Sini

Rujuk:SINI

China Town diwujudkan lagi...Malay Town Bila???



Satu lagi China Town akan diwujudkan di Malaysia, kali ini di Kota Bharu. Harakah. 

“Pada masa yang sama kita berharap masyarakat Cina di negeri ini dapat membangun, merancang atau juga sebagai zon perniagaan seperti di negara China.

“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan hasrat itu demi untuk sosio ekonomi masyarakat terbabit khususnya di jalan tersebut,” kata Takiyuddin.

Sebelum anda teruskan pembacaan, sila betulkan kedudukan minda dulu ya - INI BUKAN ISU POLITIK. Jadi sebarang komen Pas, Umno tidak akan disiarkan sebab bagi saya kedua nya SAMA saja.

Untuk apa perlu diwujudkan China Town ? Hampir setiap negeri dah ada China Town. Biasanya China Town ni kita jumpa di negara2 didunia dimana terdapat konsentrasi penduduk yang merupakan IMIGRAN dari negara China, dan mereka jadikan kawasan itu beridentitikan KAMPUNG ASAL mereka bla bla bla.... 

Dari satu sudut, bolehlah kita anggap kewujudan China Town adalah untuk mengingatkan orang cina asal usul datuk moyang mereka yang asalnya IMIGRAN  dan kampung asal usul mereka di negara CHINA.....  

Kalau kita sebut begitu pastinya orang cina marah tapi tidakkah kewujudan China Town itu sendiri merupakan satu statement / kenyataan yang sama ?

Lagi:Artikel Penuh:Din Turtle

Bekas Tunang Fizz Fairuz Hilang Ingatan!



Suami Dakwa Bekas Tunang Fizz Fairuz Hilang Ingatan! | KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2013: Krisis dan kekeliruan melibatkan aktor terkenal, Fizz Fairuz yang dilaporkan bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela pada minggu lalu dilihat semakin berlarutan apabila ada pihak mendakwa wanita itu adalah isteri orang.

Wanita tersebut pula tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian, hari ini, dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan Fizz boleh memeriksa di mana-mana pejabat agama.

Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu telah menjatuhkan maruah keluarga kerana Azlyn Massiela mendakwa ibu bapanya tahu mengenai perihal dirinya.


Akhbar Harian Metro hari ini pula menyiarkan kenyataan daripada ‘suami’ kepada bekas tunang Fizz Fairuz dengan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan.


“Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” petikan kenyataan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli di Harian Metro, hari ini.

Perbuataan yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan nama Fizz Fairuz yang dicemuh umum selepas tersebarnya status sebenar Azlyn Massiela setelah empat hari mereka bertunang iaitu pada 10 Februari di Kuantan Pahang.

Ramli juga mendakwa punca isteri keduanya itu berbuat demikian kerana kesunyian apabila kurang diberi perhatian oleh Ramli setelah beberapa tahun mereka bernikah di selatan Thailand.

Biadap,Kepala penerima BR1M ditukar kepala binatang??



Bila kita kata mulut Nik Aziz celupar, ada pulak yang kata kita ni jahil tukil. Ada pula yang kata, kita ni menghina orang yang begitu cintakan Allah dan Rasul. Bahkan ada pula yang menganggap kita ni serupa macam pintu keluar mereka ke dunia ini yang dimiliki oleh emak masing-masing.

Kita kata mulut Nik Aziz celupar pasal dia seorang pemimpin. Seorang pemimpin tidak seharusnya bermain dengan mantik. Tak seharusnya nak bermetafora dan berkias-kias. Dia seharusnya bercakap dengan penuh hikmah sesuai dengan kedudukannya selaku pemimpin. Dia seharusnya buang atau elak daripada bercakap dengan seuatu yang boleh menyebabkan kewajarannya dipersoalkan.

Apabila Nik Aziz cuba menggambarkan kaedah memberi BR1M sama seperti memberi ayam dedak, memberi lembu jerami dan sebagainya sedangkan Islam perlu diberi dengan ceramah dan kelas agama, di situlah kelihatan tidak bijaknya seorang pemimpin seperti Nik Aziz.

Sebabnya, para pecacainya akan bertindak secara keterlaluan dan mengambil langkah bodoh dengan menangkap kata-katanya sepintas lalu. Mereka akan faham secara sehala walaupun Nik Aziz sekadar berkias.

Buktinya seperti dalam gambar di atas.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...