Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 3 March 2013

Terkini:Penceroboh Lahad Datu Dipukul Sehingga Mati Penduduk Sempurna


Salah masuk kampung... itulah yang terjadi dengan seorang lelaki dipercayai  penceroboh Sulu selepas dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk sebuah kampung di Semporna pagi ini.

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP PENGKHIANAT NEGARA OLEH UMNO BAHAGIAN TAIPING!!!



UMNO Bahagian Taiping memulakan langkah pertama dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan biadap Tian Chua yang cuba mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Barisan Nasional untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Laporan Polis telah dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Taiping, YBhg Datuk Hj Ahmad Shalimin Bin Shafie yang juga Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Perak yang diiringi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahgian Taiping, En. Ton Zailani Hj. Mat Darus, Setiausaha UMNO Taiping En Abdul Hadi Shaari.

Rombongan Datuk Shalimin dengan kekuatan hampir 200 orang pelbagai kaum dimulakan dngan perkumpulan di Pejabat UMNO BahagianTaiping dan berarak sejauh hampir 200 meter ke IPD Taiping. Turut hadir bersama Ketua Pemuda MIC Negeri Perak, Sdr Veeran.

Syabas KC ucapkan kepada UMNO Bahagian Taiping kerana memulakan langkah awal dan amat diharapkan semua UMNO Bahagian khususnya di Perak ini akan turut mengambilkan langkah yang sama.

Kenyataan Tian Chua ini bukan sahaja biadap tetapi mengambarkan seorang yang rendah akhlak dan mentaliti tahap pemikiran yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin. TUKAR SEKARANG!!!



Terkini:Batu Gajah, Perak Jadi sasaran?


Gempar!! Apa yang kecoh-kecoh ni Kat Batu Gajah,Perak.Hah yang sebenarnya bukan apa kehadiran Menteri Besar Perak Ke Batu Gajah bagi menjalankan walk abaout sekitar negeri Perak.Menurut info Ds ke  Batu Gajah adalah bertujuan merasmikan pecah tanah untuk pembinaan Pintu Gerbang disebuah Tokong China Batu Gajah.Didalam ucapannya tadi beliau mengumumkan peruntukkan RM20,000 tambahan kepada Tokong berkenaan














YDP MDBG:DATOK JUMRY











Lahad Datu:Inspektor Heliza Akan Ke Lahad Datu?

Lahad Datu : DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP??


Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...