Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 22 April 2013

APA LAGI SI KAMILIA NI NAK BUAT LEPAS NI???HEEE GERAM BETUL

Calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102. 

Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.  Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg.  Hindi.   

Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR. 

Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim.  Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.

Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat....

Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi. 

DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka.  DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.  

Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual. 

Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.  

Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya.  Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan. 

Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar. 

Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia. 

Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan....

Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.

Terkini!!!!Lawatan Dato Hamidah Osman ke Flat Seri Conoly penggalan Pegoh gerunkan pembangkang!!!Apa Sudah Jadi Nih????

Dato Hamidah mengalukan kedatangan Datok Jashvinder ke flat seri Connoly.Bweliau berterima kasih pada Dato Jashvinder kerana membantu BN kembalikan pada Bn
Beliau bersyukur dan beliau yakin Bn akan menang Di Dun Sg Rapat.Dato Hamidah turut memberi peluang pada Dato Jashvinder untuk berucap.Dato Hamidah amat mengharapkan Dun Sg R
apat menang dgn majoriti yg byk.

Dato Jasvinder dalam ucapannya beliau amat tertarik dengan apa yang dibawa oleh kerajaan Bn.
Beliau juga menyentuh tentang negara kita iaitu beliau mengatakan Malaysia Sebuah negara yg aman.Beliau juga berkata , selepas ini akan ada lg pembaharuan yv akan dibawa lagi oleh Dato Hamidah khususnya Di Dun Sg Rapat.

Panas!!!KECOH!!DATOK HAMIDAH GEMPORR di SECTION 18 !!!

Kecoh sekarang di pasar malam section 18.Datok Hamidah kini lebih bersiap dari plbagai sudut.

Kini Dun sg rapat sedang turun ke jalan-jalan untuk mendekati pengundi di sekitar Dun Sg Rapat khususnya.

Pssst Hidup Hamidah Osman,UNDI BN UTK KESENANGAN BERSAMA..UNDI BN RAKYAT SENANG...

APA DAH JADI KAT SELANGOR NI??? BETULKE MAHASIWA MENGAMUK??? SEBAB APA??


Para penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Selangor berikrar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebulat suara menolak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Presiden Institut Pemimpin Muda (IPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zaharin Haris berkata pendirian untuk menyatakan sokongan secara terbuka itu dibuat kerana para pelajar sudah meluat dengan pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang yang tidak pernah mengendahkan masalah rakyat.

"Kami tidak pernah menjangkakan bahawa negeri yang tersohor di Malaysia menjadi pincang di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)...manifesto mereka pada 2008 telah menjanjikan pelbagai perkara namun hampir kesemuanya tidak ditunaikan.

"Di mana hadiah RM1,000 yang dijanjikan kepada kami selaku anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti? Hampir 100,000 anak kelahiran Selangor kini kecewa kerana akhirnya janji tersebut tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam pada semalam.

Zaharin berkata selain UiTM, penuntut Universiti Selangor (UNISEL), Management and Science University (MSU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut menyuarakan pendirian menyokong kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kumpulan 500 mahasiswa dan mahasiswi itu turut melancarkan jentera Siswa4U bagi membantu kempen BN Selangor sempena PRU13 ini.

PANAS !!! APA ZAMBRY BUAT DENGAN DUIT SEJUMLAH RM 100,000 NIH???





Sebelum ini kariah Masjid kampung Sultan Yussuf, jeliang, Manong, Perak. Menghantar permohonan dana untuk penambahbaikkan masjid ini kepada Dato Sri Zambry Abd. Kadir. Dan ia telah diluluskan dengan jumlah RM100,000.00.

Proses pembaikkan sudah hampir 90%, kos tersebut digunakan untuk menukar atap, karpet, mengecat dan penambahan hawa dingin sebanyak 9 unit.

Di Majlis ini turut disertai calon BN parlimen kuala kangsar Dato Wan Khairil dan calon adun Manong Saudara Mohd Kamil dihostkan Ketua kampung jeliang,
Saudara Haji Hamzah Yeop Mat Sirin.

Aku tumpang gembira mendengar berita baik ini!Alhamdulillah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...