Kan lebih elok jika rakyat Malaysia tak kira lar antara parti pembangkang ke parti kerajaan ke saling bekerja sama bagi membantu menaikkan segala ekonomi,politik,sosial dan sebagainya ke arah lebih mapan lagi.Hasilnya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih terjamin berbanding daripada mengamalkan sifat hasad dengki,perbalahan dan semua perkara negatif yang lain.
Menurut laporan Utusan ,Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam titahnya meminta supaya umat Islam tidak kira dari parti mana pun supaya saling hormat menghormati dan mengelak daripada sengketa yang berpanjangan.Ini kerana didalam islam sendiri ada mengajak orang islam supaya mengamalkan perpaduan antara satu sama lain.
Dalam titah baginda juga,baginda berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya bila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri
Insyallah ,penulis yakin satu hari nanti kita akan bersatu menegakkan syiar Islam,perkukuh bangsa serta mempertingkatkn keamanan dan kestabilan negara.Insyallah.
DAP memang macam tu, mana suka sangat kalau orang melayu bersatu, dap aje macam betul, orang kita melayu paling payah nak bersatu. entah apa yang kepala tengkorak mereka fikirkan, tak tahu le
ReplyDelete