Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 13 December 2012

~TAHNIAH KERAJAAN PUSAT!!Jambatan-2 Pulau Pinang Siap!~




Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kerja fizikalnya sudah mencecah 89 peratus siap, dijangka dibuka sepenuhnya kepada orang ramai 8 September 2013.

Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Datuk Dr Ismail Mohamed Taib, berkata jika mengikut jadual pelaksanaan sekarang, projek berkenaan mampu disiapkan dua bulan dari jangkaan asal iaitu November 2013.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiapkan kerja akhir pembinaan gelang kekotak jambatan pada 20 Disember ini bagi menghubungkan Batu Kawan di sebelah tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau yang dijangka siap akhir Januari ini.

“Rentang navigasi utama jambatan pula dijangka siap April 2013 dan selepas itu, hanya kenderaan pembinaan akan dibenar melalui kawasan jambatan. Mulai Januari ini, kami akan menjalankan semakan dan pemantauan kerja dengan lebih kerap iaitu setiap hari.

“Kami juga menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang membolehkan jambatan ini mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 Richter pada jarak 300 kilometer dari punca gempa bumi,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja Yang diPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke jambatan itu, semalam.

Ismail berkata, jambatan berkenaan dijangka digunakan 25,000 kenderaan setiap hari iaitu 20 peratus daripada pengguna jambatan pertama dan minimum penggunaan percuma selama sebulan.

“Mengenai tol, kami memang diarah menyelaras kadarnya supaya sama seperti jambatan pertama. Mengikut rekod, semakan semula harga tol jambatan pertama hanya akan dibuat pada 2038 dan untuk tempoh itu, kemungkinan besar harga tol jambatan kedua juga RM7,” katanya.

Sumber : Berita Harian 

Alhamdulillah, selepas ini berkuranglah kesesakan hendak ke seberang dan sebaliknya. Kerajaan Pusat telah berhempas pulas mengadakan projek, walaupon mendapat pelbagai tentangan, akhirnya ianya diterima oleh kerana pelbagai jumlah inisiatif dan jambatan kedua ini bakal menjadi sebuah platform baru menggerakkan Pulau Pinang menjadi lebih maju ke hadapan membantu memacu negara. Walaupun kerajaan Pulau Pinang merupakan Kerajaan tadbiran pembangkang, ia tidak menghalang kerajaan pusat untuk berbakti kepada rakyat Pulau Pinang, kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat menjaga dan membela nasib rakyat Malaysia!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...