Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 13 December 2012

~I’m Not Perfect But Part Of Me Are Excellent~


Yeah kita tengok sahaja tajuk artikel ini memang sebetulnya sifat pada setiap manusia,ingat bukan semua manusia yang perfect,masing2 ada lakukan kesilapan.ingat islam bukan sebuah parti dan parti itu bukan sebuah agama.parti adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesebuah organisasi.
Ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaikkan pangkat sebagai universiti, hasil perjuangan UMNO, saya gemar memakai sehelai kemeja T  yang tertulis perkataan `I’m Not Perfect But Part Of Me Are Excellent’.
Walaupun berasal dari kampung, dan bersekolah kebangsaan, saya faham benar dengan makna tulisan itu. Semuanya hasil didikan keluarga yang saya anggap `excellent’ ketika itu sehingga berjaya membawa saya ke sekolah berasrama penuh dan seterusnya ke ITM.  
Setiap kali memakainya, pasti akan ada rakan-rakan akan bertanya, `part mana yang excellent’ tetapi saya hanya menjawab, ada lah.
Walaupun setelah lebih 25 tahun meninggalkan ITM, saya tidak pernah lupa tulisan pada kemeja T kegemaran saya itu. Sejak kebelakangan ini, ingatan saya terhadap tulisan itu bertambah kuat sehingga kadang-kadang terbawa-bawa di dalam tidur.
Apa tidaknya, sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering mengungkap sebahagian perkataan yang tertera pada kemeja T saya itu.
zambry-kadir
Malah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pun selalu mengungkap kata-kata itu di dalam ucapannya dan juga ketika bertemu media.
`UMNO / BN bukanlah sempurna’ itulah ungkapan yang hampir sama dengan tulisan pada kemeja T yang saya pakai lebih 25 tahun lalu.
Memang, tidak ada manusia dan tidak ada pihak yang boleh mendakwa mereka sempurna, pasti ada kelemahan dan sebagai umat Islam, saya penuh yakin, tanpa ragu-ragu bahawa hanya Allah sahaja yang sempurna.
Pengakuan merendah diri Perdana Menteri, Menteri Besar Perak serta pemimpin-pemimpin UMNO bahawa parti itu bukanlah sempurna dan kesediaan mereka mengaku kelemahan dan kesilapan sangat terpuji.
Kesediaan Najib meminta maaf secara terbuka ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini rasanya belum pernah diluahkan oleh mana-mana pemimpin besar sebelum ini, baik dari parti pemerintah, apa lagi daripada parti pembangkang.
Komitmen untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan membuktikan kesiap-siagaan UMNO / BN untuk menjadi lebih baik, untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat dan menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang, walaupun bukan masa depan yang `perfect’, untuk generasi akan datang.
Rakyat kini boleh menilai, sejak 66 tahun lalu, UMNO telah berjuang, bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia – untuk Cina, India dan semuanya. Setiap kali berjanji, pasti ditepati, setiap manifesto adalah janji, bukan hanya omong kosong, bukan gula-gula untuk meraih sokongan setiap kali tiba musim pilihanraya.
Walaupun `UMNO / BN Are Not Pperfect’, tetapi rakyat Malaysia, atau dulunya Tanah Melayu dan Malaya, sudah lama tahu bahawa `Part Of UMNO / BN Are Excellent’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...