Saya sempat bertanya bersama ustaz Kazim sambil menjamah makanan ringan mengenai Pas yang mempergunakan agama Islam demi kepentingan politik semata-mata. Betapa jahatnya parti yang bermuka-muka kononnya mereka Islam tetapi semuanya kosong belaka. Begitulah yang berlaku kepada Pas yang mendabik dada kononnya merekalah yang lebih Islam daripada Islam tetapi menjadi hamba sebuah parti kafir laknatullah seperti DAP.
Ustaz Kazim mengupas bagaimana Pas sanggup mempergunakan orang Melayu yang beragama Islam agar berpecahbelah dan menjadi berpuak-puak supaya parti DAP menjadi sebagai sebuah parti majoriti. Semangat Ustaz Kazim terhadap Islam dan dan bangsa Melayu wajar dipuji kerana ia melebihi ulamak Pas yang bercakap hanya retorik politik semata-mata.
Kata Ustaz Kazim, manusia yang paling fasik adalah manusia yang mengelarkana diri orang lain dengan gelaran yang tidak baik termasuk mengelarkan diri orang lain dengan kafir.
Pas hanya memperjuangkan agama bukan dijalan Allah tetapi hanya dengan dendam kesumat terhadap orang Islam lain dan sanggup bersama kafir seperti DAP dan perjuangan ini bukan dikehendaki oleh Allah SWT.
Apabila suasana begini wujud maka usaha untuk mendidik masyarakat menjadi orang Islam beriman akan gagal kerana intisari dalam ceramah Pas lebih mirip kepada kutukan dan ejekan. Sikap mengutuk dan mempersendakan individu-individu dan golongan tertentu menjadi lumrah kepada kebanyakan penceramah agama di dunia Islam masa kini.
"Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." - Namun PAS lakukan sebaliknya
Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam. Pendakwah sepatutnya memahami realiti kehidupan masyarakat di sekeliling mereka dan menggunakan akal yang rasional dalam merancang program dan pendekatan dakwah kepada masyarakat.
Jika masyarakat jahil tentang agama Islam pendakwah sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memperkukuhkan akidah Islam dan mengajar serta menggalakkan mereka mengamalkan perkara-perkara berkaitan dengan fardu ain terlebih dahulu daripada membicarakan perkara-perkara yang menyukarkan akal fikiran masyarakat dan menyebabkan mereka merasai betapa sukarnya menjadi umat Islam.-sebab itulah PAS gagal dalam kerja dakwahnya dan hanya berjaya mengejar kehendak duniawi saja.
Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. -Ini hobi tetap Ostad PAS. Rasulullah SAW menyeru pendakwah Islam supaya memahami kecapaian akal fikiran manusia ketika berdakwah. Sikap radikal dan 'ujub (merasai diri terlalu warak dan beriman) bukan merupakan sifat pendakwah Islam. Kuliah subuh sepatutnya digunakan untuk menerapkan ilmu wahyu dalam hati nurani masyarakat bukan menghemburkan cacian dan cercaan kepada orang yang tidak bersefahaman dengan ideologi politik.
Pendakwah Islam sepatutnya menjadi orang yang paling sabar menghadapi kerenah masyarakat kerana peranan mereka ialah mendorong masyarakat ke arah syurga. - Adakah Ostd PAS seorang penyabar?Jika hati nurani pendakwah dilatih menjadi orang yang sabar dan mempunyai azam yang kuat untuk mendorong masyarakat ke arah kebahagiaan hakiki iaitu memasuki syurga, mereka tidak akan menghina dan mempersendakan orang yang jahil agama.
Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. Realiti yang wujud masa kini ialah terdapat pendakwah Islam kurang perihatin terhadap akhlak Islam dalam penyampaian ilmu wahyu. Sentimen politik lebih mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyampaikan ilmu wahyu. Sepatutnya penceramah memahami bahawa orang yang hadir dalam majlis ilmu wahyu ialah orang yang mengharapkan panduan dan didikan agama bukan kutukan dan cercaan. Sedangkan mencerca orang musyrik pun dilarang oleh Rasulullah SAW.
Perkara ini dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. dengan katanya, "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam.
Fikirkanlah sendiri...Anda lebih bijak mengetahui, yang mana kaca dan yang mana permata. PAS hanya mempergunakan Islam demi politik duniawi tanpa sedar yang mereka sebenarnya tangan-tangan yang memburukkan Islam itu sendiri.
Segala baik dan buruk politik mereka diterjemah dalam Islam kononnya mereka benar maksum tanpa melakukan sebarang salah dan dosa. Demi politik dunia, mereka sanggup menggunakan Islam sebagai alat untuk memegang kuasa dunia dan harta benda rakyat.
No comments:
Post a Comment