Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata setakat ini pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil berhubung tugas dan ia tidak membabitkan soal peribadi kerana itu adalah kali pertama dua anggota polis terbabit ditugaskan bersama selepas suspek melaporkan diri pada 1 April lalu.
“Tidak timbul pertengkaran masalah peribadi kerana hari kejadian adalah kali pertama mereka ditugaskan bersama, mustahil pertengkaran itu membabitkan masalah peribadi, apatah lagi soal cinta.
“Isu ini masalah tugas mereka berdua. Dalam kes bunuh, apa saja boleh berlaku dan kita sukar meramal apa yang akan terjadi. Semua perkara berlaku tanpa diduga,” katanya selepas menghadiri Hari Polis ke-205 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.
Dalam kejadian 26 April lalu, seorang konstabel polis berusia 22 tahun ditemui mati berhampiran pintu utama Istana Anak Bukit selepas ditembak beberapa das oleh rakan setugasnya sebelum suspek berusia 25 tahun melarikan diri menaiki kereta dan ditahan tiga jam kemudian.
No comments:
Post a Comment