Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 15 January 2013

PRU13 : BN ramal perubahan besar berlaku di P.Pinang


PULAU PINANG 12 Jan. - Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka membawa perubahan besar kepada corak politik di negeri ini ekoran peningkatan sokongan kaum Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN).
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, perubahan itu disebabkan rakyat mahukan keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang.

"Kita semua tahu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng lebih mementingkan soal politik daripada menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya untuk mentadbir negeri ini," katanya kepada pemberita dalam program gotong-royong Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di Taman Tun Sardon di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri memberitahu, rakyat lebih bijak bagi menentukan wakil rakyat dan parti yang lebih layak untuk membela mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Setiap parti politik mempunyai harapan untuk menang dan dalam dasar demokrasi, keputusan terletak di tangan rakyat.

"Kita perlukan strategi kukuh bagi menarik rakyat untuk mempercayai serta meyakini pemimpin BN," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget