Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 21 January 2013

Sokongan Ulama Dan Umarak Meningkat ,BN Yakin dapat mandat di Kelantan



KOTA BAHARU, 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kepimpinan negeri Kelantan turut melibatkan tokoh agama seperti golongan ulama dan umarak.

Beliau berkata tokoh agama ini merupakan pejuang mewakili suara masyarakat Kelantan yang sentiasa dahagakan perubahan tanpa mengetepikan pegangan agama.

"Kalau ingin melihat perubahan, inilah kumpulan yang akan mencipta sejarah. Perjuangan kita melibatkan gandingan baharu pemimpin-pemimpin bertaraf ulama dan umarak (pemimpin).

"Ulama-ulama ini yang tidak main politik. Mereka ini juruh (baik dan bagus), Insya-Allah mereka akan bersama-sama dengan kita. Inilah yang menjadi pegangan saya," katanya pada majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan termasuk pemimpin sekolah pondok di sini.

Terdahulu perdana menteri mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan kira-kira dua jam.

Najib berharap perjuangan ulama dan umarak akan sentiasa diteruskan serta disokong pelbagai pihak dalam usaha mencapai matlamat yang dirancang.

"Teruskan usaha kita dengan ceramah-ceramah yang dibuat oleh golongan ulama muda mahu pun tua, dan guru pondok. Ini akan membantu kita dalam memberi penjelasan bahawa BN berada di atas landasan yang benar," katanya.

Jelas Najib, Kelantan merupakan negeri pertama yang dimasukkan dalam manifesto BN dan manifesto itu akan dilaksanakan dan dibuktikan kerana janji kerajaan pusat sentiasa ditepati.

Perdana menteri mengumumkan tujuh projek besar antara sebahagian manifesto BN yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek itu merangkumi pembinaan lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan masjid terbesar dan pembinaan perumahan rakyat peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...