Anak Jati Malaya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua pegawai Komando 69 PDRM iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.
Kami juga berharap anggota lain yang cedera iaitu Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd. Qaiyum Afzal Zulkifli agar segera sembuh daripada kecederaan yang ditanggung mereka kesan daripada pertempuran tersebut.
Sesungguhnya jasa mereka semua mempertahankan negara, agama dan bangsa tercinta daripada pihak musuh yang durjana ini tidak dapat diukur dengan ayat dan kata-kata.
Jasa para pegawai polis ini akan dikenang dan tersemat rapi dalam lipatan sejarah kedaulatan negara, sampai bila-bila!
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Selamat jalan pahlawan negara.
No comments:
Post a Comment