Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 1 March 2013

PR Akan Hentikan Dasar Ekonomi Baru (deb) – Rafizi Ramli


rafizi-ramli

MO,PETALING JAYA,28/2/2013 - Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ini akan menjadikan negara yang beralih daripada dasar-dasar ekonomi yang berasaskan kaum kepada dasar-dasar yang berasaskan keperluan.

“Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan,” katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa bahagian di bawah DEB yang membawa kepada penyalahgunaan dan rasuah sahaja akan dihapuskan.

Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. – Mstar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...